Kisah perlumbaan kereta diangkat sebagai subjek penceritaan dalam filem sudah menjadi suatu yang biasa pada penonton tidak kira dari mana pembikinannya dibuat sama ada di Hollywood mahupun Malaysia. Filem The Fast and The Furious yang ditayangkan pada tahun 2001 antara naskhah yang menjadi kegemaran ramai khusus peminat lumba kereta atau jenis modifikasi yang memberi kepuasan pada pemiliknya.

Namun, filem genre aksi sebegini terus dihasilkan dalam versi baru kerana ia mempunyai permintaan tinggi peminat dan penonton. Apapun, membuat filem aksi lumba kereta bukan jaminan filem itu boleh mencatat kutipan box-office tetapi masih bergantung pada jalan cerita yang menarik dan menghiburkan.

Persoalan, berapa banyak filem genre ini boleh dijual di pasaran dan menarik minat penonton ke pawagam atau mungkin filem terbaru, KL Wangan arahan Pekin Ibrahim yang menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-28 baru-baru ini mampu mencipta rekod kutipan baru sejarah filem aksi perlumbaan kereta. Berikut beberapa filem aksi lumba kereta yang pernah dihasilkan produser tempatan:

1. Gangster


{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Aksi+Datuk+Rosyam+Nor+dalam+filem+ini+memberi+kekuatan+dan+tarikan+utama+pada+penonton.+(Gambar%3a+wikipedia.org)|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Buat pertama kali, pelakon utama iaitu Datuk Rosyam Nor melakonkan tiga watak berbeza iaitu Rosli, Nala dan Legau dalam filem arahan Badaruddin Azmi (Bade) terbitan Tayangan Unggul. Filem ini menggabungkan elemen kongsi gelap termasuk perlumbaan kereta yang disertai pelumba handal, Legau. Aksi perlumbaan kereta yang dipertontonkan ketika tayangan pada tahun 2005 antara yang menarik perhatian penonton filem ini.

2. Impak Maksima


{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Filem+aksi+pertama+yang+menonjolkan+aksi+drift.+(Gambar%3a+The+Star)|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Menampilkan Awal Ashaari sebagai hero filem ini, pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri pada ketika itu mahu menggambarkan sebuah filem aksi lumba kereta yang menonjolkan aksi 'drift'. Filem terbitan Metrowealth Movies Production ini ditayangkan pada tahun 2007 berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta dan jenama filem ini kemudian disambung kepada drama bersiri dan pementasan muzikal.

3. Evolusi KL Drift


{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Syamsul+mempertaruhkan+adegan+lebih+berani+untuk+filem+aksinya.+(Gambar%3a+Skop+Production)|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Hasil buah tangan Syamsul Yusof ketika itu hanya mahu melakukan experimen terhadap filemnya yang turut mengambil inspirasi filem The Fast and The Furious. Nyata, filem ini yang ditayangkan pada tahun 2008 berjaya mendapat kutipan RM3.9 juta dan juga cemerlang apabila meraih dua anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-21 menerusi Anugerah Khas Juri untuk aksi lasak dan anugerah Sinematografi Terbaik diterima Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

4. Evolusi KL Drift 2


{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Kejayaan+filem+sebelumnya+mendorong+Syamsul+menghasilkan+sekuel+yang+sama.+(Gambar%3a+Skop+Production)|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Dua tahun selepas kejayaan filem pertama, Syamsul Yusof yakin filem genre sama masih mampu menarik minat penonton ke pawagan. Dia menghasilkan sekuel Evolusi KL Drift 2 yang berjaya mengaut keuntungan RM5.67 juta. Seperti filemnya sebelum ini, dia hanya mengekalkan pelakon asal, Farid Kamil dan dirinya sendiri. Filem terbitan Skop Production ini membelanjakan kos produksi paling tinggi sebanyak RM2.5 juta.

5. Kampung Drift

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Aksi+drift+menjadi+taruhan+dalam+filem+ini.+(Gambar%3a+YouTube)|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Elemen 'drift' dalam perlumbaan terus menjadi subjek dalam filem ini yang diarahkan Nevin Hiong dan dibintangi Pekin Ibrahim sebagai pelakon utama. Meskipun filem ini cuba membawa tarikan berbeza daripada plot dan aksi drift yang ditunjukkan, ia sekadar meraih kutipan RM152,492 selepas ditayangkan bermula 4 Ogos lalu.

6. KL Wangan


{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Kisah+perlumbaan+drift+pada+waktu+malam+dijadikan+subjek+dalam+KL+Wangan.+(Gambar%3a+KL+Wangan+Movie+-+Facebook)|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Mengambil pengalaman berlakon sebelum ini, Pekin Ibrahim mengarah filem aksinya sendiri berjudul KL Wangan yang memberi fokus pada kisah perlumbaan kereta di waktu malam. Filem terbitan produksinya sendiri, Centro Pictures mencatat sejarah tersendiri sebagai filem bajet besar apabila menjalinkan kerjasama dengan syarikat automobil antarabangsa, Volkswagen Malaysia. Filem ini yang turut menampilkan Faizal Hussein sebagai pelakon utama masih menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.