Kaw

Hanya Suara Malique Mengiringi Persembahan Dayang Nurfaizah

Aishah Aziz
26/04/2017
03:00 MYT
Sponsor Banner
Hanya Suara Malique Mengiringi Persembahan Dayang Nurfaizah
Ramai yang tertanya siapakan gerangan lelaki yang mengiringi Dayang Nurfaizah kala membuat persembahan pada Anugerah Meletop Era (AME) 2017 Ahad lalu kala mendendangkan lagu Pejamkan Mata.
Ya, lagu berkenaan memang nyanyian Malique menampilkan Dayang, namun adakah benar Malique yang muncul di atas pentas bertopeng dang memakai pakaian serba hitam menutup wajahnya.Persembahan Separuh Mati Ku Bercinta daripada Dayang mengagumkan.
Sejak awal persembahan semua hadirin tertanya-tanya, apatah lagi apabila suara dendangan lelaki berkenaan memang miri milik Malique yang sudah hampir sedekad tidak muncul di khalayak, sebaliknya hanya menyajikan pendengar dengan lagu ciptaan dan nyanyiannya seperti Teman Pengganti bersama dengan Black.
Rojak Daily Kaw! mendapatkan penjelasan orang kuat Astro, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris pada sidang media selepas tamat AME2017.Malique merakamkan kembali suara khas untuk AME 2017.
"Ya itu memang Malique. Tapi hanya suaranya. Ini adalah gimik yang kami cuba tampilkan untuk kelainan pada AME17.
"Jujurnya kami memang sudah beberapa kali berusaha untuk mendapatkan Malique sejak AME yang pertama. Kali ini juga kami mencuba," katanya.
Namanzee berkata, bagaimanapun sebagai menghormati permintaan kesemua pihak, Malique bersetuju merakamkan khas suaranya khas untuk persembahan AME2017 bersama Dayang.Dayang dalam kelasnya yang tersendiri.
Beliau berkata, lantaran itu pihak Astro membuat keputusan menampilkan persembahan gimik kononnya Malique yang muncul di pentas.
"Kami bukan berniat menipu, ini adalah kelainan dan gimik yang kami tampilkan. Seperti yang saya katakan tadi, suaranya memang milik Malique tetapi di miming oleh seorang lelaki dalam pakaian serba hitam dan bertopeng," katanya.Gimik Dayang dan 'Malique' tetap menjadi.
Pada persembahan malam AME2017 Ahad lalu, Dayang terlebih dahulu tampil hebat menyampaikan single terbarunya berjudul Separuh Mati Ku Bercinta dalam persalinan serba hitam.
Apa lagi yang boleh diperkatakan mengenai penyanyi yang baru sahaja melancarkan albumnya pada 18 April lalu berjudul Dayang Nurfaizah. Persembahan yang memukau dan berada pada kelas tersendiri.
Meskipun tanpa Malique, Dayang tetap memberikan justifikasi pada lagu Pejamkan Mata pada malam berkenaan dan paling tidak rindu melihat aksi Malique beraksi di pentas sedikit terubat.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024