KAW
“Hari Ini Sher Harraz Nak Ucap Terima Kasih Kepada Semua...” – Chot XOXO Mohon Doa Anak Kuat
Bekas peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Chot yang juga anggota kumpulan XOXO mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan dan mendoakan kesihatan anaknya, Muhammad Sher Harraz Azmeer.
Bayi sulung Chot, Muhammad Sher Harraz atau lebih mesra dipanggil Harraz itu mengalami penyakit injap jantung terbalik.
Menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya semalam (Selasa), Chot memberitahu keadaan Harraz semakin baik.A post shared by chot chot and dale (@chotxoxo) on
Bagaimanapun pelawak dan penyampai radio tersebut tmemohon orang ramai untuk terus mendoakan supaya Harraz semakin kuat.
Terdahulu, Chot mendedahkan mengenai kondisi kesihatan anaknya yang perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan memerlukan kos sebanyak RM18,000 menerusi sebuah entri di IG.A post shared by chot chot and dale (@chotxoxo) on
Dalam entri tersebut Chot turut memberitahu Harraz sebelum itu sudah menjalani pembedahan membetulkan tulang pada bahagian hidung yang menyukarkan pernafasannya.
Chot yang kini bertugas sebagai penyampai di Melaka FM, pernah menganggotai XOXO bersama pelawak Wan dan Wan Gegau.
A post shared by chot chot and dale (@chotxoxo) on
Must-Watch Video