HIBURAN
Sertai HITZ Morning Crew Bersama Anne & Prem, Ini Sebab Mengapa Ili Ruzanna Dipilih
Penyampai segmen HITZ Toningt, Ili Ruzzana kini menyertai HITZ Morning Crew bersama Anne dan Prem.
Ada sebab Ili dipilih
Pemilihan itu dibuat selepas HITZ yakin dengan pengalaman Ili mampu mengendalikan HITZ Tonight secara bersahaja sejak tiga tahun lalu.Pengurus Jenama HITZ, Navin berkata Ili mempunyai kriteria unik untuk bersama dengan Anne dan Prem bagi mengendalikan segmen pagi itu.
Tambahnya lagi, Ili juga mahir berbicara dan berinteraksi dengan pendengar setia HITZ dalam apa jua topik yang diketengahkan.
“Anne dan Prem akan membimbing Ili untuk memastikan segmen pagi itu terus kekal menjadi pilihan pendengar setia HITZ.“Ili mempunyai pengalaman dalam indusri radio sekitar lapan tahun, saya yakin dengan kemampuannya untuk mengendalikan segmen pagi tersebut kerana Ili mempunyai pengikut tersendiri.
“Sementara itu, untuk segmen HITZ Tonight akan digantikan dengan penyampai lain iaitu Arka.
“Apa-apa pun, HITZ akan sentiasa memberikan sentuhan yang terbaik agar pendengar kami kekal terhibur dengan informasi terbaik serta memainkan lagu-lagu terkini.
“HITZ juga turut mengalu-alukan apa juga pandangan dan komen daripada pendengar agar kami dapat memperbaikinya dari masa ke masa,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Ili Hitz FM Berhijab Sejak Ramadan, Pemergian Ibu Jadi Asbab - "Saya Mula Muhasabah Diri, Fikir Tentang Kematian"
ARTIKEL BERKAITAN:Main Pickleball 26 Jam Tanpa Henti, HITZ, MIX dan LITE Lakar Rekod Malaysia Book Records
Terdahulu, merupakan Arka adalah penyampai radio sambilan HITZ dan pemilihan itu selepas mendapat persetujuan dengan pihak pengurusan tertinggi mereka.Untuk berita, aktiviti dan program terkini sila layari laman sosial rasmi HITZ.
Must-Watch Video