Kaw
“I Am Proud To Be A Muslim.” - Bella Hadid
“I am proud to be a Muslim,” kata Bella Hadid, model antarabangsa terkenal yang bapanya merupakan seorang Muslim.
“Bapa saya merupakan seorang yang kuat agama dan selalu sembahyang bersama kami,” Kata Bella. Inilah pertama kali Bella mengaku dirinya sebagai Muslim pada umum.
Bella Hadid dan kakaknya, Gigi Hadid turut lantang menentang isu imigrasi Ketika Presiden Amerika Syarikat lantang menentang imigrasi serta hadir menyertai ribuan rakyat dan selebriti Amerika Syarikat dalam perhimpunan No Ban No Wall. Ibu mereka, Yolanda Hadid turut menyertai perhimpunan di New York itu dengan membawa sepanduk “We are all humans”.
Bapa kepada Bella dan Gigi, Mohamed Hadid adalah usahawan hartanah yang dilahirkan di Israel dan membesar di Syria dan Lebanon sebelum menjadi pelarian dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 14 tahun.
Gigi Hadid, kekasih pada Zayn Malik yang juga seorang muslim pernah tampil menjadi wajah muka depan majalah Vogue Arabia pertama.
Must-Watch Video