Pelawak, Tauke memohon orang ramai terutama peminatnya mendoakan kesihatan isteri, Nadia Mohd Effendi yang sedang hamil empat bulan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Katanya, sepanjang proses kehamilan isteri tidak mengidam makanan yang pelik namun dia sedaya upaya akan memenuhi permintaan isteri sebaik mungkin.

"Buat masa ini, isteri tidak meminta makanan yang bukan-bukan. Namun, saya penuhi semua yang diminta kerana takut itu yang dihajati bayi dalam kandungan.

Tauke dan Nadia teruja menanti kehadiran cahaya mata sulung

"Selain itu, ramai juga yang bertanya mengenai tubuh isteri yang kurus. Selera makan isteri sebenarnya normal, mungkin genetiknya memang begitu," katanya.

Selepas lima tahun menduda, Tauke mendirikan rumah tangga kali keempat dengan Nadia pada 9 Disember 2017.

Semalam, Tauke hadir pada sidang media musim baharu Super Spontan Xtravaganza di Marriot hotel, Putrajaya.

Sumber: BH Online