Kaw
John Cena Lamar Kekasih Dalam Gelanggang WWE
John Cena mengejutkan kekasihnya, Nikki Bella serta 65,000 penonton Wrestlemania 33 apabila dia melutut sebelah kaki dan melamar kekasihnya di dalam gelanggang gusti World Wrestling Entertainment (WWE) Ahad lalu.
Penggusti popular Amerika Syarikat berusia 39 itu melamar kekasihnya yang juga merupakan seorang penggusti wanita apabila mereka berdua bergandingan menewaskan lawan mereka, The Miz dan Maryse di Stadium World Camping di Orlando.
Sejurus aksi lamaran itu, Nikki, 33 tahun terkesima dan kemudiannya terus bersetuju untuk mengahwini Cena. Para penonton yang pada mulanya tercenggang akhirnya bersorak gembira setelah pasangan itu berpelukan di dalam gelanggang.
Pasangan itu telah bersama sejak 2012 selepas Cena bercerai dengan kekasihnya yang dikenali sejak kecil, Elizabeth Huberdeau.
Must-Watch Video