Isteri kepada pelakon Putra Amaris menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu tidak cemburu dengan gosip suaminya dan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV).

Nur Syazwani yang kini hamil enam bulan memberitahu hubungan suaminya dengan DSV hanya atas urusan kerja.

Nur Syazwani bekas ustazah beri kepercayaan kepada suami

Dia turut menjelaskan statusnya dengan aktor itu masih lagi sebagai suami-isteri.

"Ya Amaris masih suami saya, tetap suami saya dan selamanya selagi Allah izinkan satu-satunya suami saya.

Putra Amaris dan Nur Syazwani disatukan pada 5 Januari lalu

"Selama mana dia tidak melampau, saya tidak cemburu, memang kerja dia akan jumpa dengan semua orang yang cantik dan berpengaruh.

"Kalau sikit-sikit nak cemburu, nak melenting, tak boleh kahwin dengan artis," katanya.

Tak cemburu pun...Syazwani memahami tuntutan tugas suami

Nur Syazwani menjelaskan perkara tersebut selepas selepas ditanya beberapa pengikut mengenai rumah tangga mereka.

Dalam pada itu menjawab pertanyaan berkaitan fotonya tidak pernah dimuat naik oleh aktor berkenaan, Nur Syazwani berkata, laman sosial suaminya itu hanya atas urusan kerja.

Saat bahagia dan masih bahagia...

"Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja, laman Instagram itu untuk kerja dia. Saya lagi suka bersederhana," katanya yang dijangka melahirkan cahaya mata pertamanya pada awal Disember depan.

Amaris atau Amran Ismail, 33, bergelar suami kepada Nur Syazwani Alias, 28, pada 5 Januari lalu di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Sumber: mStar Online