KAW
“Kes Penyebaran Gambar Bogel Hampir Selesai.” - Idris Khan
Pelakon Idris Khan berharap kes penyebaran gambar bogel dikatakan miripnya bersama pelakon Atikah Suhaime pada September tahun lalu selesai dengan segera.
Idris, 28, berkata dia kini sudah pun meneruskan kehidupan seperti biasa dan mahu lebih fokus terhadap kerjayanya sebagai pelakon.
“Saya difahamkan siasatan mengenai isu itu sudah mencecah 70 peratus,” katanya.
Idris berkata, selama ini dia bukan sengaja berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu, tetapi kerana tidak mahu mengganggu siasatan pihak berkuasa ketika ini.
"Sebelum ini, saya pernah keluarkan kenyataan kepada pihak media dan ia mengganggu siasatan polis. Jadi, saya perlu mendapatkan nasihat peguam terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini," katanya.
Ditanya tindakannya selepas ini, Idris berkata, ia bergantung kepada hasil siasatan berkenaan.
Ditanya hubungannya dengan pelakon Ammar Alfian yang didakwa dalang sebagai penyebaran gambar terbabit, Idris berkata, mereka ada berhubung tetapi tidak sekerap dulu.
"Lagipun Ammar sudah berkahwin dan dia ingin meluangkan masa sebagai suami. Saya juga tiada masalah untuk berlakon dengan Ammar atau Atikah selepas ini kerana sebagai artis, saya professional dalam hal ini," katanya.
Must-Watch Video