,
Kaw

Konsert Akademi Fantasia 2016 Minggu Keenam: Antara Pembunuh Lagu, Pembunuh Semangat dan Ribut Petir!

Badrul Hashim
26/09/2016
09:41 MYT
Memang terasa hangat dan hebatnya di dalam auditorium MBSA ketika berlangsung konsert suku akhir Akademi Fantasia 2016. Para penyokong membawa ‘energy’ yang cukup kuat, di luar nampak persiapan koir sedang melalukan sesi memanaskan suara, begitu juga dengan ahli kompang, dan sekumpulan penari. Masing-masing seolah teruja untuk membuatkan sesuatu yang hebat!
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+medley+nyanyian+dan+tarian+daripada+kesemua+pelajar.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Permulaan konsert juga tampak menarik. Dengan medley lagu-lagu dan gerak tarian yang agak seksi hasil tunjuk ajar Cikgu Linda Jasmin membuatkan sorakan penonton semakin kuat. Telahan saya, melihat kepada persiapan yang sungguh padat dan agak ‘mewah’ daripada pihak produksi, konsert ini akan menjadi konsert yang mengagumkan.
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Ara+mempunyai+suara+yang+besar+dan+jika+digilap+mampu+bersaing+dengan+penyanyi+sedia+ada.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Ara (Tingting / Nazam Berkasih – Noraniza Idris/Syura) Suara Ara memukau! Lenggoknya tidak keterlaluan tetapi masih ada kemelayuannya. Pergerakannya masih sedikit keras tapi bukan mudah untuk menarikan lagu-lagu tradisional. Ara antara peserta yang berpontesi untuk mara ke peringkat akhir. Cuma Ara perlu ‘loosen up’ dan tidak terlalu kontrol dengan gerak gerinya. Tetapi saya berpuas hati dengan persembahan Ara. Saya tidak pedulipun dengan ribut petir bergegar-gegar kerana saya hanya dengar bunyinya yang lantang tapi tidak ada apa yang disumbangkan kecuali rasa takut. Ya lah, siapa tak takut dengan bunyi ribut! (4 ½ bintang)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Afi+perlu+mencari+pembaharuan+dalam+membuat+persembahan.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Afi (Kembali Merindu / Pelamin Anganku Musnah – Slam / Azie) Afi mungkin sedikit kehilangan dengan apa yang dia ada. Mungkin Afi perlu mencari mimik muka yang baru, cara persembahan yang baru dan cara pergerakan yang baru. Afi yang saya lihat di konsert ini seolah hilang arah. Dia punya vokal yang bagus, bahasa tubuh yang bagus dan pergerakan yang bagus. Tetapi kalau sering diulang tayang sesuatu yang sama, lama-kelamaan penonton akan sedikit bosan. Saya tidak rasa Afi akan kehilangan penyokong, cuma dia perlu memberikan nafas yang lebih segar dalam persembahannya. Ribut berdentum, lupakan Afi. Tumpukan perhatian dalam kelas. (4 bintang)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Zarol+perlu+mempergunakan+kelebihan+yang+diberikan+dengan+lebih+sempurna.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Zarol (Bayangan Gurauan / Mengapa – Mega / Nicky Astria) Saya setuju dengan kata-kata Dato’ Ramli MS. Zarol tidak perlu ke mana-mana. Dia hanya perlu menonjolkan dirinya lebih tinggi daripada musicians dan kumpulan koir di belakangnya. Kedua-dua lagu mampu dibawakan dengan baik oleh Zarol. Persembahan seolah di pentas philharmonik patut diserlahkan oleh Zarol dengan sebaik mungkin. ‘Awak bunuh lagu itu!’ Berdentum petir meletus! Itu kah cara mendidik atau memberikan kritikan daripada seseorang yang boleh dianggap primadona tanahair. Maaf, saya tidak boleh terima! (4 bintang)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Asha+memberikan+persembahan+yang+bertenaga+dan+menghiburkan.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Asha (Elegi Sepi / Keabadian Cinta – Azharina / Anuar Zain) Persembahan Asha jauh lebih baik, jauh lebih kemas dan jauh lebih bagus daripada persembahan beliau sebelum ini. Cuma saya tidak boleh terima lagu Anuar Zain dirancakkan sedangkan liriknya teramat puitis dan sukar untuk diterapkan kepada penceritaan Asha. Apatah lagi lagu kedua-dua lagu ini terlalu sinonim dengan pendengar sebagai lagu ballad. Sukar untuk orang mengundi kalau acuannya tidak mampu diterima dek telinga. Saya kasihankan Asha, sudahlah lagunya sukar, ianya disukarkan lagi dengan arrangement baru. Kenapa tidak sahaja ambil lagu rancak dan buat arrangement baru? Apa pun good job Asha. Keluar bermaruah itu tanda anda ada tempat di dalam industri. Guruh berdentum lagi! Mulan Jamilah? Mahu tergelak saya. Asha pun belum lahir lagi agaknya. (4 bintang)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Ikram+perlu+terus+belajar+dan+membuat+perubahan+untuk+bersaing+di+bidang+seni.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Ikram (Ratnaku . Inang Bujang dan Dara – Roy / Ilusi) Terlalu mencuba, bak kata Dato’ AC Mizal. Sudah beberapa kali ditegur oleh AC, minggu lalu dia berubah. Minggu ini, untuk lagu pertama masih lagi sama. Takkan nak bagi lagu joget setiap masa baru boleh relaks, Ikram! Vokal dia ada, malah antara pelajar yang mempunyai falsetto yang kemas. Melihat kepada carta undianpun, saya sudah menjangkakan Ikram mungkin menjadi pelajar yang terkeluar minggu ini. Tak mengapa, kadangkala bila kita berusaha keras dan rezeki kita ada, kita akan lebih Berjaya di luar sana. Jangan give up! (4 bintang)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Rahila+mempunyai+vokal+yang+power%2c+tapi+cukupkah+untuk+bertahan+tanpa+terus+berusaha%3f|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Rahila (Di Persimpangan Dilema / Puncak Kasih – Nora / Ziana Zain) Vokal Rahila memang tidak dinafikan kehebatannya. Tetapi saya bersetuju dengan Dato’ Ramli MS, bunyinya masih lapuk dengan vibrato yang terlalu banyak dan tidak tepat kedudukannya. Seriously, persembahan-persembahan makan malam dengan bayaran ribuan ringgit akan menjadi makanan Rahila di luar sana, tetapi jika stailnya tidak diubah, mungkin hanya untuk setahun dua sahaja. Saya tidak rasa Rahila tidak mampu buat, cuma dia tidak mahu keluar dari zon selesa cara nyanyiannya. (4 ½ bintang)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Baru+berusia+18+tahun+tetapi+Reshma+sudah+bersedia+untuk+masuk+ke+dunia+seni+tanahair.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Reshma (Trauma / Permata Pemotong Permata – Elite / Ella) Daripada percakapan sudah nampak dia mengalami masalah suara. Saya suka dengan idea pelajar diberi peluang untuk bermain instrument sendiri. Bukan sahaja menonjolkan kreativiti pelajar tetapi juga membuktikan kepada mereka yang di luar sana bahawa pelajar-pelajar ini tidak datang tanpa sebarang ilmu di dada. Saya nampak Reshma berusaha keras untuk mengeluarkan suaranya, sesuatu yang patut dibanggakan. (4 bintang)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+terbaik+Amal+setakat+ini+di+konsert+yang+keenam.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Amal (Ke hujung Dunia / Masih Jelas – Siti Sarah / Hafiz) Dengan pergerakan yang minimal dan tumpuan hanya diberikan kepada vokal, Amal memberikan persembahan yang sampai kepada jiwa saya. Kedua-dua lagu dijiwai dengan baik oleh Amal dan disampaikan dengan jelas. Amal pada saya seorang yang hyper dan apabila ianya disalurkan pada saluran yang tepat, segala tenaganya itu dapat menghasilkan sesuatu yang mengagumkan. (5 bintang)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Bukan+hanya+bersandar+kepada+rupa%2c+Amir+mempunyai+pakej+yang+lengkap+dengan+suara+yang+hebat.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Amir (Misteri Mimpi Syakila / Dari Sinar Mata – Wings / BPR) Di pentas, dia sememangnya bintang. Lagu Misteri Mimpi Syakila bukan lagu yang mudah tetapi Amir seperti bersahaja membuat persembahan di pentas. Cuma ada betulnya juga kata Dato’ Ramli MS apabila lagu Dari Sinar Mata disampaikan dengan lenggok yang terlalu kemelayuan, mungkin untuk membuat kelainan. Sebenarnya Amir hanya perlu menyanyi seperti dia menyanyikan lagu yang pertama. Itu sahaja sudah cukup untuk memberikan kelainan yang dicari tanpa mencelakan persembahan dan mengubah cara nyanyian. Saya juga dapat rasakan bahawa Amir antara peserta yang akan membuat persembahan di pentas akhir. (5 bintang)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Aliff+dan+Zizan+semakin+serasi+di+pentas+Akademi+Fantasia.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^} Mungkin saya sedikit old fashion, tetapi saya kurang faham dengan artis-artis luar yang membuat persembahan di pentas Akademi Fantasia. Pada saya, terlalu ramai artis tempatan yang boleh diberi peluang untuk menunjukkan bakat, mempromosikan lagu baru, atau sekadar dijemput menghiburkan hadirin sementara menunggu pengiraan keputusan. Maaf, saya keluar dewan ketika persembahan iringan kerana pada saya, ramai lagi artis-artis kita sendiri yang bagus tetapi sukar mendapat peluang muncul di kaca TV. Kenapa peluang ini tidak diberikan kepada mereka? But than again, that’s just my personal opinion.
Related Topics
Must-Watch Video
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Datuk Latif Romly Bawa Pulang Pingat Perak

gempak
08/09/2024
00:02 MYT
Hasrat untuk melihat atlet olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly untuk terus 'terbang tinggi' mempertahankan pingat emas dalam saingan lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila dia hanya memperoleh perak sebentar tadi.
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Hiburan

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

gempak
07/09/2024
12:55 MYT
Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.