Akhirnya, selepas 44 hari pelawak dan penyampai radio popular, Johan, mengumumkan nama anak kelimanya di laman sosial Instagram (IG), semalam.

Bayi perempuan tersebut yang dipanggil dengan nama Baby C sebelum ini telah dinamakan sebagai Nur Latifah Moleiq Hanania.

Yeay! Baby C dah ada nama...Nur Latifah Moleiq Hanania, unik kan?

Johan ketika ditemui Rojak Daily Kaw! berkata, ini bukan kali pertama dia lambat memberikan nama kepada anak-anaknya.

“Sebelum ini Chantiq...Selepas berusia lima bulan baru saya pergi daftarkan nama dia di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kekangan masa antara sebab saya terlewat untuk daftarkan nama Chantiq ketika itu. Sudahlah lambat, kena bayar denda pula tu,” katanya ketawa.

Chantiq, 3, bersama ibunya Ozlynn di Majlis Pelancaran Jozan Live di Black Bull, Avenue K, baru-baru ini

Dalam pada itu ketika ditanya samada dia akan membenarkan anak-anak iaitu, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq mengikut jejak langkahnya dan isteri menceburi bidang seni, Johan mengakui tidak buat masa sekarang.

Menurut Johan, dia lebih selesa anak-anaknya membesar seperti rakan sebaya mereka yang lain dan memberi tumpuan pada pelajaran.

Gelagat Ariq, 13, Sodiq, 8, Haziq, 5, dan Chantiq, 3, di Majlis Aqiqah Moleiq baru-baru ini

“Jujur, ada beberapa tawaran yang datang kepada saya untuk ‘melamar’ kami sekeluarga. Malah ada syarikat produk penjagaan bayi pernah menawarkan ratusan ribu ringgit untuk kami terlibat dalam iklan mereka.

"Bukan kerana tidak berminat atau ‘kekwat’, tetapi buat masa ini saya mahu mereka memberi tumpuan pada pelajaran masing-masing dahulu.

Belum masa...Johan mahu anak-anaknya menumpukan perhatian pada pelajaran

“Lagi pun sekarang belum masanya lagi untuk mereka bekerja mencari duit untuk keluarga, kerana itu tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga.

“Tetapi siapa tahu kalau suatu hari nanti mereka berlakon dengan produksi saya, JWH Production? Biarlah masa menentukan,” katanya.

Sahabat...Johan bersama Zizan dan Ozlynn sebelum Jozan Live bermula

Dalam perkembangan lain, Johan kini sedang mengendalikan program temu bual terbaru bersama Zizan iaitu, Jozan Live.

Program 40 episod itu bersiaran setiap Selasa, bermula pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).