Kaw

Lupakan Baju KLCC, Ini Busana Kebangsaan Miss Universe Malaysia 2008 - 2015 Yang Pasti Buat Anda Terpegun!

Azwa Rahman
11/01/2017
03:27 MYT
Sponsor Banner
Lupakan Baju KLCC, Ini Busana Kebangsaan Miss Universe Malaysia 2008 - 2015 Yang Pasti Buat Anda Terpegun!
Perhatian netizen baru-baru ini terarah pada baju kebangsaan yang akan dipakai oleh Kiran Jassal pada pertandingan Miss Universe 2016. Simpan kritikan anda sekejap dan jom kita lihat koleksi Miss Universe Malaysia dari tahun 2008 hingga kini. Banyak elemen tradisional seperti songket, batik, wau bulan dan sebagainya digunakan namun Malaysia belum pernah memenangi sebarang anugerah pakaian kebangsaan. Diharapkan tahun 2016 dengan elemen KLCC, membawa tuah pada negara kita. 2008 Levy Li Su Lin Tema: Puteri Perak
Gambar: China Daily
Miss Universe Malaysia 2008, Levy Li Su Lin tampil gagah dalam sepersalinan baju Puteri Perak pada pertandingan Miss Universe 2008 yang diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam pada 22 Jun 2008. Pengunaan songket pelbagai warna ini menambahkan lagi seri jelas melambangkan identiti Malaysia yang kaya budaya. 2009 Joanna Belle Ng Tema: Bangsawan
Gambar: Miss Malaysia Pageant
Berlangsung di Atlantis Paradise Island, Nassau, Bahamas, songket ungu bersulam benang emas menjadi latar bagi busana kebangsaan Malaysia kali ini. Bercirikan seakan-seakan bangsawan Malaysia, Joanna tampil jelita dengan koleksi gangsa di kepala yang berunsurkan puteri. 2010 Nadine Ann Thomas Pereka: Amir Luqman Tema: Cik Siti Wan Kembang
Gambar: Missosology
Nadine kelihatan seperti pahlawan wanita yang gagah memperjuangkan negaranya. Mengangkat tema Cik Siti Wan Kembang, warna emas menjadi warna utama busana kebangsaan Malaysia di Pertandingan Miss Universe 2010 yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat. Seperti yang semua tahu, Cik Siti Wan Kembang adalah seorang puteri gagah yang berasal dari negeri Kelantan. Perekanya, Amir Luqman yang turut berasal dari Kelantan bijak bermain dengan warna emas dan coklat bagi memberikan elemen keberanian, kelembutan dan juga misteri. 2011 Deborah Henry Pereka: Amir Luqman Tema: Wau Bulan
Gambar: Malaysia Pageant
Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry bangga memperkenalkan Malaysia di mata dunia dalam persalinan yang dipanggil 'Wau' di pertandingan Miss Universe 2011 bertempat di Sao Paolo, Brazil. Diilhamkan daripada bentuk permainan tradisoinal Wau, direka oleh pereka terkenal, Amir Luqman. Bermain dengan kiasan, setiap elemen di kepala, batu-batu permata di bahagian badan serta regangan kain mempunyai maksud tersendiri yang turut melambangkan Malaysia. Persalinan indah ini menelan kos RM350,000.
2012 Kimberly Leggett Pereka: Jovian Mandagie Tema: Kebaya
Gambar: IBTimes UK
Berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat, Miss Universe Malaysia 2012, Kimberly Legget tampil mewah dengan persalinan daripada Jovian Mandagie. Karya hitam putih yang dinamakan kebaya ini menggunakan batik Terengganu dan dicampur dengan kehalusan Frence lace dan French Tulle. Tambah menawan, bulu burung unta digunakan menghiasi kepala kebaya. Berunsurkan elegan dan vintage, Kimberly antara yang menonjol ketika itu. 2013 Carey Ng Pereka : Syomir Izwa Tema: Puteri Perak
Gambar: Pinterest
Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe 2013 yang berlangsung di Krasnogorsk, Moscow. Tampil jelita dan gagah dalam persalinan Puteri Perak rekaan Syomir Izwa, sentuhan songket hitam benang emas ini jelas mengangkat wanita yang bercirikan gagah namun masih ada kelembutannya. Busana tradisional Puteri Perak ini benar-benar melambangkan seorang wanita moden yang gagah namun masih berpegang pada adat resamnya. Tidak hanya itu, Carey turut bijak bermain dengan peranannya sebagai puteri untuk menambah elemen drama. 2014 Sabrina Beneett Pereka: Adila Long Tema: Burung Kenyalang
Gambar: E!
Mengambil inspirasi burung Kenyalang yang mewakili negeri Sarawak, pereka Adila Long menerapkan elemen Borneo untuk dipersembahkan pada dunia ketika di pertandingan Miss Universe 2014 bertempat di Miami, Florida. Tampak lebih avant garde berbanding pakaian kebangsaan tahun terdahulunya, ia mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Dengan penggunaan warna yang menyerlah, pakaian ini menekankan tiga eleman iaitu Pua Kumbu, masyarakat etnik Borneo serta burung Kenyalang. Sabrina tampil gagah perkara di atas pentas. 2015 Vanessa Tevi Kumares Pereka : Jovian Mandagie Tema: Bunga Mas
Gambar: Pinterest
Pertama kali melihat busana kebangsaan di Miss Universe 2015 ini, hati kami terpaut pada keindahan rekaannya. Berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat, hasil sentuhan Jovian Mandagie ini menggunakan songket ungu dengan taburan Bunga Mas, yang pada masa dahulunya, songket ini diberikan sebagai cenderamata dari sultan kepada kerajaan Siam. Mahkota emas ciptaan Bremen Wong pula melengkapi persalinan kebangsaan Vanessa Tevi Kumares yang tampil penuh magis. 2016 Kiran Jassal Pereka: Rizman Ruzaini Tema: Menara berkembar Petronas
Gambar: Rizman Ruzaini
Menara Berkembar Petronas kemas tersemat di bahu Kiran Jassal, Miss Universe Malaysia 2016 yang akan membawa nama Malaysia ke pertandingan Miss Universe di Pasay City, Filipina, 30 Januari ini. Pakaian ini direka khas oleh pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini. Sebanyak 100,000 berlian perak pelbagai jenis digunakan untuk persalinan ini menjadikan beratnya 10kg.
Ini pula baju-baju kebangsaan Miss Universe serata dunia yang akan buat anda berkata, serius la?Miss Universe Curacao
Gambar: Imgur
Miss Universe Venezuela
Gambar: Pinterest
Miss Universe Thailand
Gambar: The Nation
Miss Universe Nicaragua
Gambar: Pinterest
Miss Universe Indonesia
Gambar: Kompas
Miss Universe Canada
Gambar: Daily Mail
Miss Universe Ireland
Gambar: Imgur
Miss Universe Indonesia
Gambar: Cosmopolitan
Miss Universe India
Gambar: Harpers Bazaar
Miss Universe China
Gambar: Missosology
Miss Universe Argentina
Gambar: Pinterest
Miss Universe Peru
Gambar: Imgur
Miss Universe El Salvador
Gambar: Daily China
Miss Universe Guam
Gambar: E!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024