Mungkin anda mengenali wajah ini. Pernah bertanding dalam sebuah rancangan realiti mencari penyanyi, Vokal Bukan Sekadar Rupa pada tahun 2012, Mafarikha atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir telah mengharumkan nama Malaysia apabila telah membuat persembahan di pentas Asia's Got Talent musim kedua.

Menonton persembahannya semalam di saluran AXN, bukan sahaja kami terpaku, malah lagu dendangannya dari Mariah Carey bertajuk Hero ini telah membuat hadirin dan tiga orang penting iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park berdiri sambil memberikan tepukan yang gemuruh.

Ya betul, it was me in the Asia’s Got Talent on today’s episode. Tapi bukan saya gadis yang di tinggal bersama roti canai. Dan kami dah bincang tentang tertinggal tutup nama Instagram dia, dan dia siap cakap thank you lagi ? . Okay let’s talk about what happened today. I’m sorry for being so cengeng on this show. I was really nervous before I got up the stage sebab it’s been so long I haven’t been performing for big stage. Sampai ada yang cakap muka I pucat sebelum naik. Haha tak pernah macam tu. . Of course hati I akan tersentak kalau orang tanya what happened for the past years yang I hilang, sebab terlalu banyak dugaan in my singing career and I am extremely exhausted to be asked and answer the same questions all over and over again. . Tapi I’m very happy to represent Malaysia for this season of AGT. I will try to give my best shot, for myself and for you who never stop supporting me since 6 years back. . And I hope that I’m gonna have your support until the end of the show. Sorry selama ni tak jawab bila you guys tanya I masuk AGT ke, it’s not because I don’t want to answer, it’s because it’s confidential. You guys are my strength to not stop singing. Have a goodnight, love you guys! Will update on my AGT OOTD soon.

A post shared by ✨ Mafarikha Akhir ✨ (@mafarikha) on

Sebelum memulakan persembahan, Mafarikha membuat pengakuan bahawa dia ingin melakukan kemunculan semula setelah lama menyepi dalam industri hiburan tanah air.

Berani membawakan lagu diva Mariah Carey, persembahan Mafarikha ternyata membuka mata ketiga-tiga juri dan memberikan tiga 'yes' pada Mafarikha untuk dia layak ke peringkat seterusnya. Air mata terharu dan gembira berlinangan turut membuatkan kami yang menonton merasa sebak.

Kami ingin mengucapkan tahniah buat Mafarikha dan terus berikan persembahan yang terbaik demi nama Malaysia dan juga peluang untuknya kembali memenangi hati peminat di Malaysia. Mari tonton persembahan Mafarikha di pentas Asia's Got Talent musim kedua.