Isu penyanyi Haqiem Rusli merampas mikrofon seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia minggu lalu nampaknya masih belum reda.

Masih ramai netizen mendakwa tindakan itu agak kurang ajar dan tidak seharusnya dilakukan oleh penyanyi terbabit. Malah, isu itu dilihat bertambah panas apabila peserta terbabit, Mohd Syamsul Nordin mengeluarkan kenyataan balas.

Kejadian merampas mikrofon.
Syamsul mendakwa dia sebenarnya terkejut dan tidak menyangka penyanyi itu akan melakukan perbuatan sedemikian kerana ia agak kurang sopan.

Malah katanya tindakan itu sememangnya tidak wajar dan sepatutnya Haqiem membiarkan dia menghabiskan nyanyiannya terlebih dahulu sekalipun suaranya sumbang.

Bagaimanapun Haqiem ketika ditemui pada majlis sidang media radio Era hari ini menganggap perkara itu sebenarnya tidak difahami oleh sesetengah pihak khususnya netizen yang bertindak mengecamnya.

Muncul lagi isu, selepas isu depresi.
Menurut Haqiem, netizen tidak memahami maksud dan konsep cuba diketengahkan program I Can See Your Voice Malaysia.

Jelasnya, apa yang cuba dilakukan hanyalah untuk memenuhi tuntutan produksi yang mahukan suasana program terbabit sentiasa fun dan ‘gila-gila’.

“Saya diberitahu supaya kena gila-gila, kelakar dan fun, so saya buatlah. Tetapi disebabkan saya merampas mikrofon itu, ia terus dipandang salah oleh netizen.

“Sebenarnya panel lain pun minta saya naik ke pentas betulkan nyanyian peserta, jadi saya pun naiklah. Itu semua untuk fun-fun je,” katanya.

Bukan diseksa hati je ni, anggota lain pun terseksa jugak ? @haqiemrusli98_ terus naik stage sambung nyanyi weh ‼️? btw brader tu memang terbaek ?? #icsyvmy #ntv7feelit #mymoodbooster

A post shared by ntv7 Malaysia (@ntv7malaysia) on

Kata Haqiem lagi, dia kini sudah lali dengan kececaman netizen dan menganggap mereka hanya sekadar berani di media sosial saja.

“Mereka hanya berani di media sosial saja, depan-depan tidak,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan dikeluarkan ‘mangsa’ terbabit, Haqiem menyatakan dia sudah pun Direct Message (DM) peserta berkenaan.

“Dia sudah pun minta maaf dan benda itu pun dah settle. Secara jujurnya saya akui sekarang ini ramai benci saya tapi selagi saya tidak pernah kacau dan bash orang biarlah. Mereka bash saya, saya dapat pahala,” katanya.