Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida membnuat kejutan kepada anak perempuannya, Cik B dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah sempena hari jadinya.

Menerusi akaun Instagramnya, Vida telah memuat naik beberapa video pendek yang menunjukkan reaksi anaknya ketika mendapat kereta tersebut.
Usia 13 tahun, Cik B sudah memiliki kereta mewah.
“Suprise untuk Cik B. Cik B nak Mustang untuk birthday dia tapi saya bagi Merz dulu,” tulinya ringkas.

Suprise tuk Cik B.. Cik B nak Mustang tuk birthday dia..tapi sy bg Merz dulu.. Ok tak? Tag kawan kawan yg bercita cita nak beli Merz..

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Video itu juga turut merakamkan gaya Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 13, cuba membawa kereta berkenaan.

Dalam pada itu, Cik B juga menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kerana Vida telah menunaikan impiannya untuk memiliki kereta sendiri.

Hadiah tuk Cik.B.. Merz . Tag kawan kawan yg nak beli kereta cenggini

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

“Suka, sebab hadiah, terima kasih mama,” ujarnya.

Terdahulu, Cik B sebelum ini pernah menyatakan hasrat dan meminta ibunya membelikan sebuah kereta mewah jenama Mustang.