Sabtu lalu, bintang program Akademi Fantasia 2014, Nina Nadira bertunang dengan pilihan hatinya seorang arkitek bernama Ahmad Furhan Rasman. Rojak Daily Kaw! sendiri dapat tahu berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya. Apa pun tahniah. Nina cakap dia dan bakal suaminya akan berkahwin tahun ini juga. Rancangnya hujung bulan Julai depan.

Mengenali satu sama lain ketika di Melbourne.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

Mereka bertemu ketika sama-sama menuntut di Melbourne sejak Julai tahun lalu. Kiranya majlis kahwin nanti segenaplah pertemuan mereka. Nina tahun lalu sambung belajar dalam bidang Seni Drama Kreatif di Universiti Deakin Melbourne, Australia. Nina beritahu majlis tunangnya dihadiri kira-kira lebih 100 orang tetamu dan dilakukan di kediaman keluarganya.

Lebih seratus jemputan hadir di majlis pertunangan.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

“Kami kenal di Melbourne. Ketika itu tunang saya belajar bidang master dalam bidang arkitek. Ikutkan kami kenal sudah lama. Cuma tahun lalu, kami jadi lebih rapat dan intim. Sekembalinya ke Malaysia, selepas tamat belajar, kami masing-masing mahu bawa hubungan ini ke arah yang lebih serius.

“Semuanya macam dipermudahkan dan tersusun cantik. Kalau tiada aral, majlis nikah di Kuala Lumpur akan diadakan pada hujung Julai nanti,” kata Nina.

'opposite attract' saling melengkapi.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

Nina menyifatkan bakal suaminya sebagai seorang yang bertanggungjawab.

“Kami ini kiranya macam ada opposite attract. Saya biasalah jiwa seni dan dia pula sangat mementingkan pemikiran yang logik. Maklumlah orang kerja arkitek. Memang jauh beza sikap kami, tetapi itulah yang menyatukan kami. Insya-Allah semoga apa yang kami rancang akan dipermudahkan,” katanya yang akan ke lokasi siri drama Kampus minggu depan.