Pelakon Ardell Aryana berharap netizen tidak membuat andaian sendiri mengenai keadaan kesihatannya.

Menurut Ardell, tahap kesihatannya tidaklah seteruk yang difikirkan netizen.
Ardell jawab soalan netizen.
Ardell menjelaskan perkara itu menerusi kenyataan di akaun Instagramnya semalam.

“Ajal maut bukan di tangan kita dik, bukan sebab penyakit je boleh meninggal. Orang sihat pun boleh meninggal.
Ibu, kekuatan Ardell.
“Sakit biasa-biasa pun boleh meninggal. Jangan lah tanya soalan macam ini okay (akak tak nazak, soalan adik yang nazak sangat akak baca. Pandai-pandai je cakap hidup tak lama,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ardell juga turut menjawab beberapa soalan yang diajukan kepadanya menerusi kiriman mesej peribadi dan emel. Antaranya berkaitan dengan soal jodoh.
Ardell memilih untuk merahsiakan status penyakit.
“Kalau ajal je di tangan tuhan inikan pula jodoh dik, kalau tuhan kata panjang umur panjang lah jodoh (ada la jodoh dunia) kalau takde maka takde la .

“Entah lah jawapan last ni susah sikit, sebab kalau nak kata kesian bukan jodoh je. (Saya punya kakak kandung sendiri terpaksa amik cuti 4 bulan di tempat kerja dihospitalnya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah dan bawa saya ke sana kemari bekerja, menjahit,memasak , shopping, berjalan.
Peminat mendoakan kesejahteraan Ardell.
“Saya ok je bukannya sakit apa sangat tapi akak risau dan saya masih ada kaki untuk berjalan ok. Itu pun kadang rasa menyusahkan.

“Tapi apa saya perlu buat untuk tak menyusahkan orang? BANGKIT la. Teruskan hidup macam biasa, keluar, kerja, buat itu buat ini. Apa yang saya rasa saya suka just do it.

“Kalau penat berhenti, jangan push diri. Kalau boleh just buat tanpa tapi atau nanti. Dah namanya dunia ni pentas ujian, maka hadapi dengan tenang . Paksa diri jadi hebat di mata orang yang sayangi kita,” jelasnya.

Ramai yang DM & EMAIL saya . Soalan mereka : 1)macam mana untuk sentiasa happy walau hakikat nya bertentangan ? Jawapan : Apa bila kita membahagia kan orang lain secara spontan kita juga terlihat bahagia & happy ? 2) macam mana boleh jadi sekuat ini ?? Jawapan : Kekuatan kita hanya pinjaman , nak kata kuat kita semua manusia biasa kadang kental kadang rapuh ( tapi sy tetap pilih untuk jadi wanita BESI?) 3) Apa akak buat bila rasa sedih down ??? Jawapan : Bila saya rasa macam tu , 1 je saya fikir ... jika kita merasa apa ujian kita lalui terlalu perih & sukar ( lihat la manusia lain di negara perang yang lebih perih ujian dari kita ) sampai rasa kecil sangat dugaan kita ???. 4) Bila tahu tak sihat , tak dapat hidup lama apa akak buat ???? Jawapan : Ajal maut bukan di tangan kita dik , bukan sebab Penyakit je boleh meninggal .. orang sihat pun boleh meninggal , sakit biasa2 pun boleh meninggal ? jangan la tanya soalan cmni ok (akak tak nazak, soalan adik yang nazak sgt akak baca? pandai2 je cakap hidup xlama ?). 5) Agak-agak Akak merasa ke tak untuk rasa cinta manusia yakni berkahwin , kalau akak ada someone nanti berkahwin akak tak rasa membeban kan dia ke , tak kesian ke kat suami nanti??? Jawapan : kalau ajal je di tangan tuhan inikan pula jodoh ☺️dik, kalau tuhan kata panjang umur panjang lah jodoh ( ada la jodoh dunia ) kalau takde maka takde la . Entah lah jawapan last ni susah sikit, sebab kalau nak kata kesian bukan jodoh je .. ( saya punya kakak kandung sendiri terpaksa amik cuti 4 bulan di tempat keje dihospital nya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah, dan bawa saya kesana kemari bekerja, menjahit,memasak , shopping ?, berjalan.. SAYA ok je bukan nya sakit ape sangat tapi akak risau & saya masih ada kaki untuk berjalan?ok ) itu pun kadang rase menyusahkan , tapi ape saya perlu buat untuk tak menyusahkan orang ? BANGKIT la ?... terus kan hidup mcm biasa , keluar, kerja, buat itu buat ini .. apa yang saya rasa saya suka just do it . Kalau penat berhenti , jangan push diri . Kalau boleh just buat tanpa tapi atau nanti ?. Dah namanya dunia ni pentas ujian , maka hadapi dengan tenang . Paksa diri jadi hebat di mata orang yang sayangi kita ?. Goodnight .

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Terdahulu, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28 dikhabarkan menderita penyakit kanser tahap 3.

Ardell juga menjadi perhatian netizen selepas memuat naik video berkerusi roda yang menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan kesihatannya pada 9 Julai lalu.

Sebelum ini, rakan baiknya pelakon Nadzmi Adhwa memuat naik status di laman Instagramnya menasihati Ardell supaya tidak cepat mengalah dengan ujian Allah.