Skip to main content

Market Trends

“Pengalaman Berharga Yang Tak Dapat Saya Lupakan.” – Saharul

saharul-ridzwan-01.jpg

Ramadan yang amat membahagiakan buat pelakon Saharul Ridzwan, 28, apabila isterinya, Deena Emir, 29, selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, jam 6.46 petang semalam.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan secara normal.

Advertisement

"Alhamdulillah, di atas kurniaan ini. Saya juga bersyukur apabila semuanya berjalan dengan mudah, selamat dan lancar.

"Ia pengalaman yang sangat berharga dan tak akan dapat dilupakan kerana saya berpeluang menemani isteri dan melihat dia bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya mata sulung kami,” kata Saharul kepada Rojak Daily Kaw!

Menurut Saharul percaturan Allah SWT sangat hebat kerana dapat menyambut kehadiran putera sulungnya ketika dia berada di tanah air kerana sejak kebelakangan ini dia sering berada di luar negara atas urusan kerja.

"Sebaik tiba dari Singapura Isnin lalu, tidak sampai beberapa jam isteri beritahu air ketubannya pecah dan saya bergegas membawanya ke hospital,"katanya.

Saharul akan beritahu nama anaknya selepas didaftarkan secara rasmi nanti.

Pasangan itu bernikah pada 16 September tahun lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video