Kaw
Rajinikanth Sangat Gembira Bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
“Siapa tidak kenal Superstar Rajinikanth?,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi laman sosial Twitter akaunnya hari ini, Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak ketika pertemuannya bersama pelakon veteran popular filem Tamil itu.
Menariknya, dalam pertemuan secara santai di kediaman pelakon itu di Chennai, India, Najib turut memuat naik gambarnya berswafoto dengan Rajinikanth. Dalam entri keduanya pula, Najib menyatakan beliau gembira bertemu hero filem Kabali itu secara peribadi.
Rajinikanth juga memuat naik gambarnya berjabat tangan bersama Najib menerusi akaun Twitter, @superstarrajini dengan komen, dia sangat gembira apabila berjumpa dengan Najib yang kemudian ‘retweeted’ komen tersebut.
Kunjungan Najib ke India sempena lawatan rasmi selama lima hari bermula semalam menarik perhatian media tempatan di sana yang melaporkan pemimpin itu akan bertemu dengan Rajinikanth. Sebelum ini, Rajinikanth pernah datang ke Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran filem Kabali di Melaka, dua tahun lalu. Dalam pertemuan itu, Najib juga mengajak Rajinikanth kembali ke Malaysia untuk mengadakan penggambaran sekuel filem itu selepas ini.
Must-Watch Video