Berita

Lagi Kes Buli, Penuntut UPNM Retak Tulang Rusuk & Tulang Belakang Dipijak Senior

gempak
Awani
10/11/2024
17:28 MYT
Sponsor Banner
Lagi Kes Buli, Penuntut UPNM Retak Tulang Rusuk & Tulang Belakang Dipijak Senior
Lagi kes buli melibatkan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Cedera parah

Terbaru, seorang penuntut tahun satu universiti berkenaan cedera parah dengan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior dalam kejadian pada 21 Oktober lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima satu laporan pada kira-kira pukul 8.40 malam pada 8 November lalu.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun itu dikatakan berada di tepi padang kawad institusi pengajian itu sebelum dia dipanggil dan dipijak oleh penuntut tahun tiga.

"Akibatnya mangsa mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah Rusdi, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur berhubung kecederaan yang dialami.
Kes itu katanya disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Buli Pegawai Kadet UPNM: Mangsa Ditekap Seterika Pada Bahagian Dada Ketika Disuruh Gosok Baju Senior

Seksyen itu mempertuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
Sebelum ini, UPNM juga turut digemparkan dengan kejadian membabitkan seorang pelajar telah ditekap menggunakan seterika di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.
Polis pada 2 November kemudiannya mengesahkan mangsa diperlakukan demikian ketika disuruh menggosok baju kerja milik seniornya dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan, 22 Oktober lalu.
Sumber - AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024