Pelakon Mawar Rashid mendedahkan diirnya kini hamil dua bulan.

Mawar membuat pengumuman tersebut menerusi program MeleTOP yang bersiaran pada Selasa.
Mawar, Raf kongsi berita gembira menerusi program MeleTOP.
“Mawar bakal menjadi seorang ibu, kandungan baru nak masuk dua bulan,” katanya tersenyum.

Sementara itu, suaminya Raf Yaakob juga tidak menyangka mendapat khabar gembira selepas membawa Mawar melakukan pemeriksaan di hospital.
Mawaraf dikenali sebagai pasangan sweet.
“Kami berdua pun tak jangka sebenarnya, cuma hari ini (Selasa) tergerak hati untuk ke hospital dan selepas melakukan pemeriksaan kami diberitahu tahu Mawar sedang hamil,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana mengalami alahan mengandung.
Kandungan Mawar sudah berusia dua bulan.
“Ada juga beberapa tawaran dan juga kerja yang saya terpaksa tolak disebabkan mengalami alahan.

“Hampir seminggu juga saya rasa mual dan badan juga rasa suam-suam seperti ada yang tidak kena. Jadi buat masa ini dinasihatkan kena banyak berehat memandangkan baru trimester pertama,” jelasnya.
Mawar teruja bakal menimang cahaya mata pertama.
Sementara itu, Mawar juga turut menyatakan rasa syukur dan gembira dengan memuat naik satu foto menerusi entri terbaru di Instagramnya pada hari yang sama.

“Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin #BabyRadenR,” tulisnya.

Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin ? #BabyRadenR

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Mawar dan Raf yang juga merupakan adik kepada Datuk Fazley itu berkahwin pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3.