Skip to main content

Market Trends

Sakinah Timang Anak Sulung Perempuan

sakinah-01.jpg

Pelakon, Sharifah Sakinah, 27, selamat melahirkan cahaya mata sulung menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Bayi perempuan yang diberikan nama Anais Adha itu dikatakan lahir lewat dua minggu daripada tarikh jangkaan bersalin.

Advertisement

Berita gembira mengenai kelahiran si kecil seberat 3.1 kilogram itu dikongsi kakaknya, Sharifah Shahira, menerusi Instagram semalam.

Kegembiraan Aliff bersama cahaya mata sulung mereka.

“(Bayi) dilahirkan sekitar jam 9 pagi, (Beratnya) 3.1 kilogram. Bayi perempuan, rasanya nama Anais Adha.

“Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah 'overdue' lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.

“Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff (suami Sakinah) pula menyambut cucu yang pertama,” kongsi Shahira.

Bagaimanapun, status bergambar bayi comel itu dipadamkan pelakon dan pengacara  terbabit tidak lama kemudian.

Terdahulu, Sakinah yang mula dikenali menerusi sitcom Hotel Mania berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha Jamil pada Mac 2015.

Sebelum ini juga pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired pernah mengalami keguguran.

Tahniah dari team Rojak Daily Kaw! buat Sakinah dan suami di atas kelahiran si kecil.

Must-Watch Video