Skip to main content

Market Trends

Sam Buka Akaun Instagram Anak

baby-sam-01.jpg

Walau masih menyimpan kemas gambar wajah dan nama putera sulung yang dilahirkan pada 9 Mei lalu, Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin sepakat membuka Instagram si kecil sebagai arkib kenangan.

Begitupun, aktor yang selesa disapa Sam itu masih dalam proses mengumpul kan gambar serta perincian lain sekali gus menunggu waktu bersesuaian sebelum dimuatkan di laman sosial khas buat bayinya itu.

Advertisement

Kata Sam, tujuan berkongsi perkembangan anaknya itu di Instagram bukan bertujuan komersil sebaliknya lebih kepada diari bergambar yang menunjukkan proses pembesarannya dari dilahirkan hingga dewasa nanti.

Instagram umpama diari bergambar.

“Instagram umpama diari bergambar. Dalam konteks semasa, saya lihat ia sebagai medium yang memberi pilihan untuk semua orang menyimpan kenangan mereka di laman maya. Kalau dulu kita menyimpan gambar di dalam album atau frem.

“Konsep sama, cuma medium saja berbeza dan boleh dilihat lebih ramai orang. Apabila ada kemudahan sebegini, lebih baik kita gunakan sebaik mungkin. Bagi saya, Instagram anak hanya untuk simpanan gambar, bukan komersilkan anak sendiri.

Bukan mahu komersilkan anak.

“Kalau ketika zaman emak saya dulu ada medium ini dan beliau tidak menyimpan gambar saya di Instagram, tentu saja tertanya-tanya. Bagi saya mudah saja, apabila besar nanti anak saya dapat melihat semula memori lalunya hanya di hujung jari,” katanya ketika ditemui di Prima Valet, Bangi.

Terdahulu, hingga kini pasangan pelakon yang dikurniakan anak sulung lelaki itu belum berkongsi nama atau wajah anaknya kepada umum disebabkan masih terlalu kecil selain mengikut pesanan orang tua.

Ditanya mengenai kemungkinan membenarkan anaknya itu terbabit dalam dunia seni, kata Sam buat masa ini usianya masih terlalu muda namun ia bergantung kepada keinginan si kecil apabila dia sudah mula memahami keadaan sekeliling.

Syatilla berpantang di pusat penjagaan.

Sementara itu, beliau memaklumkan mereka sekeluarga kini tinggal seketika di sebuah pusat penjagaan berpantang di Ampang bagi memudahkan Syatilla menjalani proses pemulihan selepas hamil sebaik mungkin.

“Kami enggan menyusahkan ibu mahu pun dan keluarga mentua.  Memang ada yang bertanya mengapa tidak berpantang di rumah. Ibu saya sudah berusia, biarlah dia berehat tanpa dibebankan menjaga cucu.

“Mak mentua yang tinggal di Pulau Pinang pula perlu menjaga adik Syatilla yang masih sekolah. Tidak adil kami memintanya datang ke sini dalam tempoh panjang. Lagi pun di sini segalanya serba lengkap dan isteri berpantang seperti di rumah,” katanya lagi.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video