Tiada apa yang lebih indah dalam hidup pasangan berkahwin apabila dikhabarkan berita gembira bakal bakal menghitung hari kehadiran anak sulung mereka.
Sharnaaz Ahmad yang berkahwin dengan kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017 akhirnya bakal bergelar bapa tak lama lagi. Sharnaaz memberitahu Rojak Daily Kaw! isterinya kini sudah nak masuk tiga bulan usia kehamilannya.
“Sampai ‘laa’ ni pun tak percaya jugalah nak jadi daddy. Tapi Alhamdulillah semua itu bakal jadi kenyataan. Insya-Allah. Sebelum ini memang saya sendiri tak bersedia nak kongsi fasal kehamilan isteri kerana masih terlalu awal. Tapi sekarang sudah boleh cerita. Melihat perkembangan baby pun buat saya tersenyum lebar dan lega.
“Saya happy dengan perkhabaran ini. Terima kasih wifey atas keindahan ini,” katanya ketika dihubungi Rojak Daily Kaw!
Menurut pelakon yang terkenal dengan imej tough guy itu, dia tak kisah jantina anak itu nanti.
“Tak kisah laki atau perempuan. Rezeki Allah kami terima dengan penuh kesyukuran. Yang penting anak itu cukup sifat dan sihat segala-galanya serta lahir sempurna. Insya-Allah,” katanya.
Tak hanya Sharnaaz, Noor Nabila juga terdahulu berkongsi imbasan kandungannya di laman Instagram.
“Kami dapat tahu fasal ini akhir Disember lalu. Insya-Allah ikut jangkaan due bulan September.
“Sharnaaz okey! dia happy dengan berita ini. Memang tahun ini kami rancang nak ada baby. Alhamdulillah ia jadi kenyataan. Harap semua ini akan berjalan lancar dan dipermudahkan. Doakan kami ya,” katanya.