Kaw

“Saya Memasak Setahun Sekali Waktu Raya” – Ifa Raziah

Mohamad Bakar
25/05/2018
01:54 MYT
Hampir saban tahun artis versatil Ifa Raziah terus ligat mencari rezeki di bulan Ramadan termasuk berniaga. Malah tahun ini, penyanyi yang juga pelakon berkenaan memaklumkan akan berniaga hingga malam raya di Singapura. Berniaga sampai ke Singapura. “Semua tahu saya sejak dari dulu lagi memang suka berniaga. Ia minat saya. Nak berniaga ini memang kena ada minat. Setakat nak pose cantik, tak jalan rasanya. Malam raya pun saya akan berniaga di Singapura. Besar kemungkinan raya ketiga baru balik Kuala Lumpur. Memang selalunya bulan puasa dari dulu lagi saya sudah pernah berniaga kuih Tat, hamper raya dan kek lapis. Meniaga hamper, kuih dan produk sendiri. “Macam sekarang saya ada produk sendiri termasuk minuman tambahan Solid Molid, memang kenalah turun pandang. Saya kena tunjuk hasilnya. Ada yang kecam dan tak percaya kononnya saya melakukan suntingan gambar sebab nak nampak kurus. Sekarang tengoklah depan mata puas-puas sama ada saya tipu atau tidak. Nak kaya kena rajin. “Penat memang penat. Tapi saya pun nak kaya macam usahawan kosmetik Datuk Vida. Saya jenis rajin kerja sebab bukan senang nak cari duit. Saya pun jenis yang tak reti duduk diam. Malah kalau duduk di rumah goyang kaki tak buat apa saya boleh demam memikirkan duit tak masuk,” katanya kepada Rojak Daily Kaw! Mahu buktikan kurus bukan sebab edit gambar. Malah sepanjang bulan puasa dek kesibukan berniaga selain memenuhi undangan mengacara dan nyanyian, Ifa sebenarnya tidak pernah memasak di rumah. “Saya hanya akan memasak setahun sekali masa waktu raya. Anak dan suami pun faham yang saya ini sibuk cari duit. Hasilkan produk pelansingan badan. “Apabila ada produk sendiri lagilah saya kena kerja kuat nak lariskan perniagaan,” katanya. Ifa kini juga semakin langsing dan berjaya menurunkan berat badan berjumlah 21 kilogram. Mengenai persiapan raya, Ifa memberitahu semuanya dilakukan ala kadar dan serba sederhana.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Kereta Tank Israel, Bright Vachirawit Mohon Maaf

gempak
26/07/2024
23:55 MYT
Pelakon Thailand, Bright Vachirawit menerima kecaman yang hebat gara-gara bergambar di hadapan sebuah kereta tank didakwa milik Israel ketika berada di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.