Skip to main content

Market Trends

Siti Nurhaliza Mahu Siti Aafiyah Panggil Dengan Panggilan Ibu

aafiah-01.jpg

Penyanyi tersohor, Dato Seri Siti Nurhaliza melalui pengalaman mendebarkan apabila proses melahirkan bayinya menerusi kaedah pembedahan berdepan komplikasi akibat kehilangan banyak darah.

Berkongsi detik-detik cemas itu kepada Rojak Daily Kaw! Isteri kepada ahli perniagaan Dato Seri Khalid Mohamad Jiwa itu melahirkan rasa syukur kerana kecekapan doktor dan petugas hospital yang merawatnya, keadaan kesihatannya kembali normal.

Komplikasi ketika melahirkan Siti Aafiah.

Advertisement

"Setiap ibu mempunyai pengalaman berbeza-beza ketika melahirkan anak dan saya pula berlaku komplikasi apabila kehilangan banyak darah akibat faktor-faktor tertentu.

"Alhamdulillah dengan kecekapan doktor yang pantas menggantikan semula darah yang hilang menjadikan keadaan saya kembali normal.

Sehari di bawah pengawasan doktor.

"Seharian saya berada di wad bersalin di bawah pengawasan doktor sebelum dipindahkan ke wad biasa," kata penyanyi Segala Perasaan ini ketika ditemui pada majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik yang diadakan di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa di sini, malam tadi.

Dapat nasihat daripada menantu.

Bercerita pengalaman fasa baharu kehidupannya sebagai seorang ibu, penyanyi berusia 39 tahun ini berkata ia sememangnya tugas yang mencabar buatnya.

"Sangat mencabar terutama bab menyusukan anak. Mujurlah Siti mendapat tunjuk ajar daripada menantu Siti, Tya yang memang berpengalaman.

Layan karenah anak.

'Alhamdulillah, anak Siti ini jenis tidur siang dan malam berjaga. Hari ini saya cuma berkesempatan tidur 3 jam sahaja kerana melayan kerenahnya.

'Situasi ini mengingatkan Siti pada emak yang menyusukan lapan orang anak dan tak pernah merungut pun. Sedangkan Siti baru seorang." katanya sambil memangku bayinya yang sedang lena di ribaannya.

Aafiah, nama yang sering disebut di dalam doa.

Terdahulu, pemilik jenama Simplysiti ini menunaikan janjinya dengan mengumumkan Siti Aafiyah sebagai nama bayinya genap seminggu selepas bayinya itu dilahirkan.

Kata penyanyi bervokal mantap ini, nama Aafiyah dipilih kerana ia mempunyai makna yang sangat indah serta sering disebut dalam doa.

Mahu Aafiah memanggilnya ibu.

Ditanya apakah panggilan yang inginkan daripada anaknya itu, dengan pantas Siti menyebut perkataan ibu.

"Kalau boleh Siti mahu Aafiyah panggil Siti ibu. Ini selari dengan panggilan ayah oleh anak-anak Khalid terhadapnya.

"Siti suka dengan panggilan ibu kerana bunyinya lebih lembut.

Hanya akan kembali bekerja hujung tahun nanti.

Sepanjang minggu lalu, puteri sulung pasangan Siti dan Khalid ini dipanggil dengan gelaran Fatimah Az-Zahra yang diambil bersempena dengan nama anakanda Nabi Muhammad.

Ketika ini Siti sedang menjalani proses berpantang dan hanya akan kembali bekerja pada hujung tahun ini.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video