Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika penyebaran berita palsu mengenai beliau terus berlanjutan.

Dalam sebuah entri beliau di Instagram, Siti menaikkan sekeping gambar berita palsu yang menyatakan beliau bakal di saman oleh kerajaan Malaysia.

Berikut adalah entri yang telah ditulis oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza pada gambar yang dimuat naik tersebut.

Berita palsu yang disebarkan di blog.

Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini.

Berita PALSU ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik PAUTAN YANG BERKENAAN, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan nama Sita Nurhaliza.

SAYA DENGAN INI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA BERITA TERSEBUT (jika dirujuk kepada saya).

SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN BERITA PALSU TERSEBUT.

Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah MENGUNDANG KEKELIRUAN DAN MENIMBULKAN PERTANYAAN BANYAK PIHAK mengenai KESAHIHAN berita tersebut.

Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya SEPERTIMANA YANG TERTERA DALAM PETIKAN DI BLOG TERSEBUT.

Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan YANG SEWAJARNYA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH undang-undang YANG BERKAITAN.

Begitulah petikan yang diambil di entri Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diletakkan pada hari Ahad.