Ingat lagi tak momen mengejutkan kala pernikahan pelakon Syatilla Melvin dan suami tersaya Shaheizy Sam kira-kira setahun lalu. Gimik dari sang suami yang konon-konon pitam. Mesti semua ingatkan.
Diam tak diam, pasangan selebriti ini bakal menimang cahaya mata sulung mereka beberapa bulan lagi. Khabarnya, kedua-dua mereka excited untuk bergelar Mummy and Daddy.
Advertisement
Rojak Daily Kaw! juga tumpang gembira dengan khabar ini. Sempat menghubungi Syatilla, katanya dia sihat dan sedikit sibuk dengan hal perniagaan.
“Syukur Tilla sihat dan kandungan juga dalam keadaan baik. Seronok sangat dan ini antara hadiah ulang tahun perkahwinan yang sangat bermakna.

“Baik saya mahupun Sam kami sentiasa berdoa supaya semunya dipermudahkan,” katanya penuh girang.
Bercerita lanjut, Tilla memberitahu dia memang berehat seketika dari dunia lakonan kerana keadaan kandungan yang sudah membesar selain mahu memberikan tumpuan terhadap kandungan pertama.
Maklumlah first baby ini memerlukan penjagaan rapi bagi si ibu juga zuriat yang dikandung.
“Sam mahu saya lebih berehat dan tidak terlalu teruk kerja. Soal kerjaya seni kita berehat seketika dan kembali apabila saya sudah bersedia nanti,” katanya yang popular menerusi drama rantaian Sha dan Shah.
Pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin, 26 , ini juga khabarnya bakal keluar dengan koleksi pakaian terbaharu tidak lama lagi.
Syatilla memberitahu dia juga tidak berdepan dengan alahan yang teruk dan berharap terus kekal sihat menjelang kelahiran yang dijangkan pada Mei nanti.

“Saya minta semua peminat saya dan Sam doakan semuanya selamat. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong dan tidak lupakan saya.
“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang menyambut dan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya ,” katanya yang menyambut ulang tahun kelahiran dan pernikahan pada 8 Februari lalu.
Pasangan pelakon ini bernikah pada 8 Februari 2016 bertempat di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Pada majlis itu, selepas selesai sesi membatalkan air sembahyang, Sam melakukan gimik cukup memeranjatkan apabila berlakon dirinya sesak nafas dan pengsan hanya demi membuat kejutan hari jadi buat Syatilla.