Kaw

Tahniah Kepada Pasangan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana

Mohamad Bakar
20/04/2017
03:28 MYT
Sponsor Banner
Tahniah Kepada Pasangan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana
Tahniah kepada pasangan Syamsul Yusof dan isteri, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang selamat dikurniakan cahaya mata sulung. Selepas lebih dua tahun menanti selain pernah diuji dengan keguguran, Puteri Sarah akhirnya memberikan zuriat pertama kepada Syamsul.
Bayi comel itu dilahirkan pada jam 6.32 pagi semalam dengan berat 3.5 kilogram di Hospital Pantai Medical Centre di Bangsar. Menurut Syamsul anaknya itu dilahirkan secara pembedahan.
Pasangan sama padan itu menimang cahaya mata lelaki diberi nama Syaikhul Islam Mohd Shamsul. Berita gembira itu turut dikongsi pelakon bergelar pengarah dan penyanyi berkenaan di laman Instagram miliknya.Putera lelaki mereka dinamakan Syaikhul Islam Mohd Shamsul.
“Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara. Mudah mudahan kamu menjadi pejuang Islam yang ikhlas wahai Syaikhul Islam Mohd Shamsul.
“Marhaban ya Syaikhul Islam... Marhaban... terima kasih isteri @puterisarahliyana,” tulis anak kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam itu.
Sementara itu, Datuk Yusof yang dihubungi juga memanjat kesyukuran apabila cucu kelimanya itu selamat dilahirkan.Datuk Yusuf turut gembira dengan kehadiran seorang lagi cucu.
“Alhamdulillah bertambah lagi cucu dan ahli keluarga kami. Saya sempat menghantar Puteri Sarah ke hospital bersama isteri dan ahli keluarga lain kira-kira jam 3 pagi semalam. Syamsul ketika itu pula juga bergegas dari penggambaran filem Munafik 2 nya dari FRIM. Syukur semua selamat,” kata Datuk Yusof.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada Mac 2014.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024