Setelah berbulan mencari dan menanti jiwa dan figura seorang Tengku, akhirnya jodoh watak ini disambut baik oleh Aeril Zafril yang sebelum ini pernah beraksi di pentas yang sama melalui naskhah berbeza.

Menariknya, penampilan Aeril yang membawakan watak Tengku Khalis akan dibimbing oleh dua nama yang cukup dikenali ramai di kalangan dunia lakonan pementasan ‘luar kawasan’ komersial iaitu Naque Ariffin dan Aloeng Silalahi.

Menurut Aeril Zafril, dia berasa teruja untuk bekerja dengan tenaga anak muda sehingga membuatkan dia sanggup menerima cabaran untuk membawakan watak Tengku Khalis.
Antara babak dalam teater tanah airku.
“Dua nama ini bergabung membuktikan bahawa mereka punya sentuhan dan cara tersendiri dalam membentangkan naskhah Tanah Akhirku kepada khalayak.

“Kali kedua ke pentas Istana Budaya yang berprestij ini sudah pasti saya berasa teruja dan juga gementar.

“Tetapi sedikit berbeza kali ini kerana saya bekerja bersama tenaga kerja anak-anak muda
yang berjiwa besar membuatkan saya menyahut cabaran ini meski pun dalam masa yang terbatas. Saya harap agar segalanya dipermudah dan diperindahkanNya.” ujarnya.
Aeril dan Mei Fen Lim sewaktu sidang media sedang berlangsung.
Dalam pada itu, pengarah teater Tanah Akhirku, Naque berharap karya ini diterima baik oleh penonton.

“Besarlah harapan saya sekiranya penonton boleh menilai karya kerja kreatif ini. Saya tidak ingin karya ini diukur atau dibandingkan, cukuplah untuk dihargai.

“Yang saya tawarkan dalam karya ini adalah agar penonton bukan sahaja dapat menonton tetapi membaca dan menghayati persembahan ini.” jelasnya.

: "Tanah ini Zamrud Timur Jauh! Di dadanya ada Emas Hitam!" (TENGKU KHALIS). . Korang dah boleh plan dan dapatkan tiket untuk teater ini. Info ada dalam gambar. Jumpa nanti... . Tiket boleh dibeli melalui : https://airasiaredtix.com/teatertanahakhirku Atau di kaunter tiket Istana Budaya. #TanahAkhirku #IstanaBudaya #TeaterMerdeka #Aswara #TengkuKhalis #patriotisme #sayangiMalaysiaku @aswara.official @istanabudaya @mymotac

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Tanah Akhirku diterbitkan oleh pihak Gold Ray dan ASWARA dengan kerjasama Istana Budaya.

Teater karya Amar Amir ini akan menemui penonton pada 28 Ogos hingga 2 September 2018 bermula depan di Panggung Sari, Istana Budaya bersempena bulan kemerdekaan bermula jam 8.30 malam.

Antara pelakon yang terlibat adalah Mei Fen Lim, Erma Fatima, Izzue Islam, Nina Nadira, Nave VJ, Akmal Ahmad, Alfred Loh, Iskandar Zulkarnain dan Angeline Tan.
Antara pelakon yang terlibat dalam teater Tanah Akhirku.
Tanah Akhirku akan dipersembahkan di dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris dengan sarikata bahasa.

Tiket boleh didapati dengan harga RM40, RM60, RM110, RM150, RM200, RM250 DAN
RM 350.


Untuk membeli tiket, layari airasiaredtix.com mulai 13 Julai 2018.

SINOPSIS:

Tanah Akhirku mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis yang berasal dari tanah besar China ke Tanah Melayu bernama Yue Feng. Yue Feng lari daripada perang saudara dan pecah belah di China bersama adiknya ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan baharu. Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah yang dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap.
Dari kiri: Nina Nadira, Mei Fen Lim, Erma Fatima dan Izzue Islam.
Dengan ketidak stabilan politik dan pentadbiran pada ketika itu antara pembesar istana, pihak British dan juga pengusaha lombong, tidak ada langkah mudah untuk meneruskan hidup bagi pekerja-pekerja lombong di situ. Yue Feng pula semakin jatuh hati dengan Tanah Melayu yang sudah dianggap sebagai tanah airnya sendiri. Cintanya juga turut mekar terhadap seorang lelaki Melayu.

Tanah Akhirku adalah sebuah naskhah yang mengajak penonton untuk melihat pembentukan negara Malaysia melalui perspektif yang berbeza. Kaum Cina yang telah datang berhijrah ke Tanah Melayu pada era penjajahan British turut memainkan peranan besar dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang majmuk seperti yang ada seperti masa kini. Kita tidak dapat menafikan sumbangan para imigran Cina dan India yang datang untuk memajukan Tanah Melayu dari segi ekonomi dan juga budaya.