Skip to main content

Market Trends

Waran Tangkap Untuk Nelydia Senrose

nelydia-saman-01.jpg

Pelakon sensasi Nelydia Senrose hari ini dikenakan waran tangkap dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

selepas tidak menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Advertisement

Nelydia, 23 yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

LHDN memaklumkan, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen gagal mengemukakan borang berkenaan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Nelydia tidak hadirkan diri pada prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

"Artis ini juga turut menghadapi satu lagi tuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

"Kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) akta yang sama, di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara untuk satu tempoh tidak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan.

Pada 11 April lalu, pihak LHDN sudah menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit yang mengarahkannya untuk menghadiri sesi sebutan kes yang bertarikh 12 April lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, namun dia ataupun wakilnya gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes berlangsung.

Berikutan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh sebelum dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu.

Majistret menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh baru sebutan.

Pelakon yang memulakan karier lakonan menerusi drama bersiri Spa Q itu bagaimanapun tidak dapat dihubungi dan difahamkan sedang bercuti dan hanya akan pulang ke Malaysia pada 16 Mei ini.

Difahamkan juga, pelakon itu kini sedang berada di negara Uncle Sam dan ada memuat naik gambar dirinya berada di kota London lima hari lalu.

Nelydia memuat naikkan resit rasmi bayaran bertarikh 4 April di dalam Instagramnya malam tadi.

Dalam satu perkembangan terbaru, malam tadi Nelydia turut memuat naikkan sekeping gambar resit rasmi yang menandakan dia telah membuat serba sedikit pembayaran. Resit rasmi daripada LHDN tersebut bertarikh 4 April 2017.

Must-Watch Video