Kali pertama saya menyaksikan Maharaja Lawak Mega (MLM) secara langsung. Rasa seperti Datuk Aznil Haji Nawawi pulak, kali pertama menjadi juri, dan saya kali pertama menulis tentang MLM. Penonton memang havoc dan sangat sporting! Sememangnya mereka datang untuk berhibur.
Konsert minggu kelapan menggabungkan Karoot Komedia bertemakan peribahasa sebagai cabaran untuk peserta. Setiap kali tengok Sabri Yunus menjadi tukang karut, saya sangat terpegun dan kagum. Harap nanti ada artis-artis baharu yang mahu belajar daripada beliau. Jom kita buat review MLM.
Advertisement
Kumpulan Joras

Sangat menghiburkan! Idea 'bapak borek anak rintik' memang menjadi. Memang lawak bila bapak cuba membantu anak menipu dalam periksa.
Kumpulan Abioso

Memang sedikit mencabar buat peserta Indonesia untuk berdikir barat, tapi tabik spring buat kumpulan Abioso. Bukan sahaja mereka berdikir barat, malah berjaya membuatkan ramai ketawa bila menyanyi dalam dialek Kelantan. Jalan ceritanya juga kemas dan padat.
Kumpulan Bocey

Mereka memang menghiburkan, tapi cerita yang disampaikan macam sudah banyak kali dibuat mereka. Teringin melihat persembahan mereka yang di luar daripada kebiasaannya. Tapi Abam Bocey menari! Pergh!
Kumpulan Nice

Cuba untuk ketawa tapi hanya tersenyum. Melawak ini satu kerja yang susah, dan kalau tak dibuat bersungguh-sungguh memang tak menjadi. Lawak kumpulan Nice agak hambar, berterabur dan seolah-olah tidak cukup rehearsal. Momentum terus jatuh.
Dzawin

Salah satu peserta solo yang masih tinggal di dalam pertandingan. Sumpah, best! Dia mengingatkan saya pada Imam Muda Asyraf. Cuma terbalik. Imam Muda Asyraf berdakwah sambil menyelitkan jenaka-jenaka di dalamnya, manakala Dzawin berlawak jenaka sambil menyelitkan unsur-unsur dakwah di dalamnya. Memang best!
Kumpulan Zero

Kombinasi adik beradik ini memang tak boleh dinafikan kehebatan mereka. Lawak bersahaja dan chemistry di antara mereka sangat kuat. Mereka juga tidak cuba untuk berlawanan di antara satu sama lain tetapi saling menyokong. Timing dan punch line memang tepat!
Kumpulan Masin

Agak membosankan dan jalan cerita mereka tak begitu kemas. Kalau tak kerana guru kungfu tu memberi salam, mungkin lagi bosan jadinya.
Kumpulan Puteh

Jalan ceritanya best, gaya persembahan juga best dan pembawakan karakter juga best. Mungkin kalau mereka lari daripada membuat jenaka tentang warna kulit, persembahan mereka akan lebih mantap. Saya tak faham kenapa Kumpulan Puteh berada di antara tiga kumpulan terbawah.
Kumpulan Shiro

Satu lagi kumpulan yang sudah lama bersama dan sudah ada chemistry yang cukup kuat. Persembahan mereka cukup bersahaja seperti semua idea sudah ada di dalam kepala. Seronok melihat persembahan yang cukup ringkas tapi padat, mudah tapi lengkap.

Okay, Man of The Match? Bunyinya sangat gah dan sepatutnya juri profesional yang memilih siapa yang berhak menjadi Man of The Match. Maaf Ropie, saya rasa pun anda tahu anda tak layak menerimanya. Tapi kat Malaysia ni lain. Orang bagi, kita ambil sahaja walaupun kita tahu kita tak layak. Serius, memang anugerah mingguan ini sepatutnya dinilai oleh pihak juri.

Minggu kelapan ini Kumpulan Nice tersingkir dengan undian paling rendah. Minggu kelapan ini juga dikuasai oleh Kumpulan Zero yang memperolehi markah tertinggi, diikuti oleh Dzawin, Kumpulan Shiro, Kumpulan Bocey, Kumpulan Abioso, Kumpulan Masin, Kumpulan Puteh dan Kumpulan Joras.

Akhir sekali, tahniah pihak produksi yang membawakan team Karoot Komedia terutamanya Sabri Yunus ke pertandingan minggu kelapan. Sumpah best Sabri Yunus jadi tukang karut. Yang tak best cuma Man of The Match yang mengarut!