Setiap individu dewasa memerlukan enam hingga lapan jam waktu tidur bagi mengoptimakan fungsi otak untuk bekerja sepanjang hari. Sesetengah orang mengalami masalah tidur. Ada yang sentiasa mengantuk dan tidak kurang juga yang sukar untuk tidur. Mereka yang digelar kaki tidur tentu tidak menyedari tabiat tersebut merupakan suatu penyakit. Ketahui empat gejala yang menjadi punca penyakit ini.

1) Narcolepsy

Gangguan yang berlaku pada otak mengakibatkan seseorang individu itu gagal mengawal rasa mengantuk dan akan tertidur sekejap pada siang hari tanpa sedar. Mereka yang mengalami narcolepsy biasanya akan tertidur selama beberapa minit secara tiba-tiba ketika sedang melakukan kerja sama ada menulis, berada dalam bilik mesyuarat atau ketika memandu kenderaan.

Gambar: www.myliferia.com

2) Breathing Related Disorder

Kebiasaaannya dialami penghidap obesiti dan tidur berdengkur. Mereka yang sering mengalami gangguan penafasan sewaktu tidur akan kerap terjaga sehingga mengganggu kualiti tidur. Gejala ini disebabkan oleh leher pendek dan sukar bernafas akibat tahap oksigen yang dimiliki sangat rendah sewaktu tidur.

Gambar: www.diarimama.com

3) Central Apnea Disorder

Pernafasan terhenti seketika kerana otak tidak menghantar isyarat yang betul kepada otot yang mengawal pernafasan sewaktu sedang tidur.

Gambar: resepiringkas.com

4) Perubahan Gaya Hidup

Kebanyakan generasi hari ini terutama golongan pelajar kolej dan universiti lebih banyak berjaga pada waktu malam untuk menyiapkan tugasan dan mengulang kaji sehingga mereka berasa letih dan mengantuk pada siang hari. Gejala ini turut dialami kanak-kanak yang ketagihan dengan permainan video dan orang dewasa yang gemar bersosial sehingga pagi. Golongan ini akan bangun dalam keadaan letih dan gagal mengoptimakan otak mereka untuk menjalani aktiviti harian.

Gambar: www.cnnindonesia.com

Bagaimana mengatasinya?“

1) Elakkan mengambil minuman berkafein dan merokok selepas pukul 7 petang. Kandungan nikotin dan kafein boleh mengaktifkan otak dan menghilangkan rasa mengantuk.

Gambar: www.bibeh.com

2) Aktiviti senaman baik untuk kesihatan tetapi bagi mereka yang mengalami gangguan ini perlu mengelakkan sebarang aktiviti senaman dan bersukan pada lewat malam. Aktiviti seperti ini membuatkan badan lebih bertenaga untuk tempoh masa tertentu.

Gambar: letterhash.blogspot.com

3) Minum susu dan amalkan pengambilan buah-buahan seperti pisang pada waktu malam sebagai amalan kerana makanan ini boleh menenangkan minda dan badan.

Gambar: www.overthemoonmilk.com