LIFESTYLE
5 Negara Asia 'Muslim-Friendly' Yang Boleh Anda Lawati Ketika Bulan Ramadan
Siapa kata kita tak boleh travel ketika bulan Ramadan? Memanglah ketika berpuasa, anda akan penat namun anda akan menghargai setiap pengalaman berpuasa dan beribadah di negara lain. Mengkhususkan negara Asia, lima negara ini sememangnya mesra agama Islam dan anda pasti tidak terlepas kemeriahan Ramadan. Sambil anda berlibur, jangan lupa ambil kesempatan untuk beribadah dan luangkan masa bersama orang Islam di lima negara ini. Bulan Ramadan makin hampir, cepat cari tiket kapal terbang dan siapkan passport anda.
1. Singapura
Singapura adalah salah satu negara yang muslim-friendly yang sesuai dikunjungi ketika bulan Ramadan. Walaupun suasana Ramadannya tidak semeriah di Malaysia, bagi anda yang mengunjungi kota singa ini, anda boleh merasai suasana Ramadan di kawasan Masjid Sultan, yang merupakan masjid terbesar di Singapura. Setiap kali Ramadan, bazar Ramadan Masjid Sultan sentiasa menjadi tumpuan. Selain itu, anda boleh ke Masjid Al-Falah yang berada di Orchard bagi tujuan solat terawih.
2. Hong kong
Dikatakan negara yang mempunyai komuniti Islam tersendiri, Hong Kong antara negara muslim-friendly yang boleh dilawati ketika bulan Ramadan. Ketika berada disini, anda jangan risau isu kesukaran beribadah di masjid atau mencari makanan halal untuk berbuka dan sahur. Carilah penginapan yang berdekatan dengan Masjid Jamia yang terletak di kawasan Central Hong Kong. Selain itu, anda juga boleh ke kawasan Masjid Ammar dan Masjid Kowloon dan rasakan pengalaman berpuasa sambil beriadah di negara orang.
3. Indonesia
Tanpa ragu-ragu dengan negara jira kita ini, Indonesia menjanjikan suasana Ramadan semeriah kita di Malaysia. Anda boleh memilih mana-mana destinasi di Indonesia antaranya Jakarta, Bandung, Surabaya, Medan dan Pekanbaru. Jika berada di Jakarta, jangan lupa singgah berbuka puasa dan beribadah di Masjid Istiqlal kerana seni binanya yang cukup luar biasa. Jika anda melawat Bandung, Masjid Al-Irsyad dengan struktur yang cukup moden sedia menanti anda.
4. Brunei Darussalam
Terletak diantara negeri Sabah dan Sarawak, anda boleh menggembara ke Brunei Darussalam untuk merasai pengalaman berpuasa di sana tanpa ragu-ragu. Brunei merupakan negara Islam dimana majoriti penduduknya beragama Islam. Suasana bulan Ramadan amat terasa. Ada pelbagai masjid indah yang boleh kamu lawati antaranya Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan.
5. Taiwan
Taiwan antara negara yang menerima kehadiran pelancong muslim dengan galaknya apabila mereka mula menambah baik kemudahan ibadah serta memperbanyakkan restoran halal bagi kemudahan komuniti muslim disana. Di Taipei, terdapat masjid Agung Taipei yang merupakan masjid terbesar di Taiwan. Selain itu ada juga masjid lain iaitu Masjid Kaohsiung, Masjid Longgang, Masjid Taichung, Masjid Tainan, dan Masjid Budaya Taipei untuk kemudahan anda.
Must-Watch Video