Kepada semua peminat sukan, anda berpeluang menikmati aksi 32 jenis sukan dalam Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur 2017 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini secara percuma di ge­langgang manakala 19 acara lagi dikenakan tiket.

Sukan yang tidak dikenakan tiket:

Sukan tanpa tiket. Sukan yang memerlukan tiket:

Sukan bertiket.

Selain itu juga, Astro selaku penyiar rasmi KL2017 akan menyediakan empat saluran khas definisi tinggi (HD) di saluran 802, 803, 804 dan 805 HD menerusi Astro TV dan NJOI TV untuk tontonan anda. Peminat sukan juga boleh mendapatkan informasi terkini mengenai pencapaian atlet negara sepanjang KL2017 dengan melayari laman web Stadium Astro dan Astro Awani.

Bagi majlis pelancaran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, ia akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 Julai, bermula jam 2.00 petang dan anda juga boleh saksikannya di kata TV dan setiap platform digital Astro. Anda juga boleh dapatkan maklumat tentang lokasi pertandingan dan masa di sini.


Dayang Nurfaizah dan Rimau.

Anda dah dengarkan lagu rasmi KL2017, Bangkit Bersama? Ia merupakan hasil gubahan komposer Datuk Ramli MS dan didendangkan penuh merdu oleh Dayang Nurfaizah. Tak sabar kami nak tengok Dayang persembahkan lagu ini pada majlis pelancaran nanti.