Skip to main content

Market Trends

Apple, Syarikat Pertama Bernilai AS$1 Trilion

apple4.jpg

Apple Inc muncul sebagai firma awam pertama bernilai AS$1 trilion (RM4.08 trilion) sekali gus melonjakkan pencapaiannya sejak sedekad lalu.

 

Dipacu oleh produk telefon pintar, iPhone, saham syarikat teknologi itu melonjak 2.9 peratus kelmarin untuk ditutup pada harga AS$207.39 (RM846) sesaham, sementara modal terkumpul pula mencecah AS$1.002 trilion (RM4.09 trilion).

 Nilainya cukup tinggi.

Nilai Apple juga kini lebih tinggi berbanding gabungan syarikat gergasi AS seperti ­Ex­xon Mobil Corp, Procter & Gamble Co dan AT&T Inc. 

 

Dalam kenyataannya kepada lebih 120,000 pekerja Apple kelmarin seperti yang dilaporkan Reuters, Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook berkata, penilaian AS$1 trilion itu merupakan ‘pencapaian besar’ yang boleh dibanggakan oleh kakitangannya namun ia bukanlah ukuran paling utama dalam menilai kejayaan Apple.

 

Diasaskan di dalam garaj milik pengasas bersama, Steve Jobs dalam tahun 1976, pendapatan Apple meningkat lebih besar da­ri­pada keluaran ekonomi beberapa negara termasuk Portugal dan New Zealand.

 

Jobs meninggal dunia pada tahun 2011 dan digantikan oleh Cook. Beliau berjaya meningkatkan keuntungan Apple seba­nyak dua kali ganda tetapi berdepan kesukaran untuk mengulangi kejayaan mendiang melalui inovasi iPhone.

 

Sumber: Kosmo

Topik Berkaitan

Must-Watch Video