Selain tarikh 31 Ogos (bersempena kemerdekaan) ada satu lagi tarikh keramat yang perlu diingati seluruh rakyat Malaysia iaitu pada 16 September.

Tarikh inilah yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia. Pastinya satu tarikh yang harus diraikan sebagai tanda kebangkitan dan penyatuan seluruh rakyat Malaysia!

Team paling muhibah okay!
Kami di Rojak Daily pula bermuafakat untuk meraikan Hari Malaysia dengan cara yang lebih awesome dengan membawa T-shirt edisi khas dengan tema Malaysia untuk anda.

Bagi projek ini, kami bekerjasama dengan pengeluar pakaian tempatan Havan Clothing. Untuk makluman anda, Havan Clothing diusahakan pada 2016 dan sejak itu mereka telah melakukan pelbagai usaha termasuk membela kanak-kanak kurang bernasib baik.

By doing what you love, you inspire and awaken the hearts of others. #havanclothing #dowhatyoulove #teacher #socialcause #socialenterprise #empower #fashionwithapurpose

A post shared by Havan Clothing (@havanclothing) on


Banyak hasil kreatif kanak-kanak ini diterjemahkan kepada penghasilan baju yang dijual di laman web mereka.

Iylia memakain T-shirt bersaiz XSPaling penting hasil daripada jualan terbabit akan digunakan untuk program pembelajaran kanak-kanak ini, demi masa depan mereka.

Dengan segala usaha murni yang dilakukan ini, siapa yang tidak mahu bekerjasama bukan? Sebab itulah kami sepakat untuk menghasilkan T-shirt edisi terhad sempena Hari Malaysia.

Malah, kami mengangkat durian sebagai elemen utama rekaan T-shirt ini kerana tiada yang lebih mampu menyatukan rakyat Malaysia selain raja buah ini.

Havan X Rojak Daily!Untuk makluman anda, tema 'Durian Durian' pada T-shirt ini direka oleh Alex yang baru berusia 14 tahun.

Menurut Alex, dia mendapat inpirasi terbabit selepas dia melihat rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh duduk bersama di tepi jalan sambil memakan buah durian.

“Banyak pendapat mengenai kesedapan rasa durian. Ada yang suka dan ada juga tidak suka tetapi sebenarnya durian saja mampu menyatukan ramai rakyat Malaysia.

“Itulah pengertian Hari Malaysia! Menyatukan semua kaum dan berkongsi kasih sayang,” katanya.

Hello durian!Sedikit sebanyak tentang T-shirt ini, ia dihasilkan daripada lukisan tangan Alex yang menggunakan elemen dan motif buah durian. Ia dihasilkan 95 peratus material cotton yang amat selesa dengan 5 peratus spandeks yang fleksibel.

Bukan saja selesa disentuh, malah material ini juga selesa bagi mereka yang bersaiz sedikit montel. (Saya sendiri memakai baju bersaiz XL, memang selesa dan terasa bebas).

Bahagian leher juga direka dengan baik dan selesa untuk anda bernafas.

Anif memakai T-shirt bersaiz MTampil dengan jenis unisex T-shirt ‘Durian Durian’ dijual daripada saiz XS hingga XL. Malah ada juga saiz comel untuk kanak-kanak, sesuailah untuk satu keluarga!

Seperti dinyatakan sebelum ini, edisi ‘Durian Durian’ ini amat istimewa kerana ia dihasilkan bersempena Hari Malaysia, maka pengeluarannya juga agak terhad.

Sebelum ia lenyap di dunia ini, maka anda bolehlah segera menempah T-shirt ini yang dijual pada harga RM49 sehelai. Anda boleh lihat sample T-shirt yang dipakai oleh kami sendiri.
Azwa memakai T-shirt bersaiz XL.

Jessica memakai T-shirt bersaiz S
Nicholas memakai T-shirt bersaiz MSaya pula memakai XL, sungguh selesa!
Perlu diingatkan disamping anda membeli, anda sebenarnya membantu program pembelajaran kanak-kanak tidak bernasib baik, seperti Alex. Selain itu, RM1 daripada jualan T-shirt ini akan disalurkan kepada Tabung Harapan.

Edisi terhad, so jangan tunggu lama-lama.
Untuk membeli anda boleh terus ke link di sini, Havan Clothing. Anda juga boleh follow Havan Clothing di Facebook dan Instagram.

Cepat beli okay dan Selamat Hari Malaysia guys!