Lifestyle

Bergelar Tunang Justin Bieber, Siapa Sebenarnya Hailey Baldwin?

Azwa Rahman
12/07/2018
04:26 MYT
Umum mengetahui bahawa Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber sudah pun melamar kekasihnya Hailey Baldwin ketika mereka sedang bercuti di Bahamas pada Sabtu lalu.Pasangan baru bertunang.
Walaupun sebelum ini Bieber sering dikaitkan dengan bekas kekasihnya Selena Gomez sehingga diharapkan akan menamatkan zaman bujangnya bersama penyanyi itu, nampaknya hati Bieber kini menjadi milik Baldwin.
Bieber dan Baldwin sudah saling mengenali sejak dari tahun 2016 sebelum mereka kemudiannya berpisah dan akhirnya kini kembali bersama. Jadi, siapakah Hailey Baldwin sebenarnya?

1. Berasal dari keluarga pelakon

Hailey dan bapanya.
Bapa Hailey Baldwin, Stephen Baldwin, merupakan seorang pelakon, produser dan juga penulis. Bapa saudaranya pula adalah Alec Baldwin, pelakon yang membintangi filem popular seperti Blind, The Baby Boss, The Aviator, Fun With Dick and Jane, Madagascar: Escape 2 Africa, Mission Imposibble - Rogue Nation dan banyak lagi.

2. Model terkenal

Muka depan Vogue Turki, Mac 2018.
Hailey Baldwin memulakan kariernya sebagai seorang model. Memiliki ketinggian 171cm, Hailey bermula pada tahun 2014 bagi jenama TopShop. Berada di bawah pengurusan IMG Models, dia menjadi pilihan jenama seperti Ralph Lauren, Tommy Hilfiger, Moschino, Guess, Dolce & Gabbana, Ellie Saab dan kini sering menghiasi muka hadapan majalah-majalah fesyen antarabangsa.

3. Bersahabat baik dengan Gigi Hadid

Bersahabat baik.
Kalau dah namanya model, pasti Hailey mempunyai ramai kenalan model namun seorang ini lebih dari sekadar teman catwalk. Hailey bersahabat baik dengan supermodel ternama, Gigi Hadid.

4. Bercinta dengan Shawn Mendes?

Sama cantik, sama padan.
Sebelum mengikat tali pertunangan dengan Justin Bieber, Hailey dikatakan intim dan rapat dengan penyanyi kacak, Shawn Mendes. Kedua-duanya tampil bersama ketika menghadiri Met Gala pada bulan Mei lalu. Namun Shawn Mendes menepis gosip tersebut dan mengatakan mereka hanyalah kawan baik.

5. Model muzik video

Hailey Balwin pernah membintangi muzik video Cody Simpson bertajuk On My Mind pada tahun 2011. Selain itu, si cantik ini turut muncul dalam muzik video Baptiste Giabiconi berjudul Love To Love You Baby pada tahun 2016.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

Mendadak punya Lebih 7 Juta Followers, Hwang In Yeop Jadi Khawatir

gempak
10/02/2021
09:13 MYT
Gaya Hidup

Semakin Popular... Apa Itu Sulam Bedak?

gempak
17/08/2019
15:16 MYT
Hiburan

Kongsi Gambar Tanpa Solekan, Wajah Polos Kylie Jenner Dipuji Netizen

gempak
01/04/2019
07:46 MYT