Wahai wanita di luar sana, jika anda berasa murung, tiada keyakinan diri dan sedang berperang dengan apa juga masalah yang buatkan anda rasa tidak berharga, ini masanya untuk buka mata dan bangkit!

Untuk bercakap tentang keyakinan diri, ada seseorang yang layak, dekat dan sesuai untuk menarik minat semua wanita tentang nilai diri. Dia yang dimaksudkan adalah Dr. Amalina Bakri, yang kini sedang mengikuti latihan surgical di The Royal College of Surgeons di England.

Dr Amalina Bakri, wanita bijak, aktif dan berkeyakinan.

Menerusi akaun Twitternya, @dramalinabakri yang kini mempunyai 251,000 pengikut, dia begitu mesra dan senang untuk berbicara tentang isu berkaitan wanita.

Disini, kami kumpulkan 10 nasihat dan tips dari Dr Amalina Bakri tentang semangat diri dan bagaimana caranya untuk membina dan mengembalikan keyakinan diri anda.

1."Take home message: To the ladies out there, you know your worth, so choose your potential partner wisely. To men out there, instead of feeling insecure of women’s achievements and careers, why don’t you better yourself and take that as a motivation to work harder."

Kepada semua wanita, hargailah diri sendiri kerana jika anda tahu nilai diri anda, anda akan bijak memilih pasangan. Untuk para lelaki, jangan sesekali tergugat apabila wanita itu lebih berjaya dari anda. Perbaiki diri dan jadikan kejayaan wanita tersebut sebagai motivati untuk anda lebih berkerja keras.

Menjadi rujukan ramai wanita muda.

2. "There’s no such thing as a perfect woman. Imperfections — that’s what makes you unique. If you have no confidence in yourself, you are twice defeated in the race of life."

Tiada wanita yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Setiap cacat-cela itulah yang menjadikan anda unik. Jika anda tidak yakin dengan diri sendiri, anda menyerah terlalu awal dalam mengejar kehidupan.

3. "Self-confidence is the first requisite to great undertakings. Confidence isn’t walking into a room with your nose in the air, and thinking that you’re better than everyone else, it’s walking into a room and not having to compare yourself to anyone else in the first place."

Keyakinan diri adalah perkara utama yang dituntut jika anda mahu berjaya. Keyakinan diri tidak bermaksud anda perlu berlagak dan berasa anda lebih bagus dari orang lain. Keyakinan diri itu muncul apabila anda tidak membandingkan diri anda dengan orang lain.

Girl power!

4. "Education is important, for you to grow as a person and a human being, no matter what you decide to do in life. Money and fame is not everything. Some of that will go away in time. Integrity, class and continuous learning experience is what you need."

Tidak kira apa juga pilihan anda dalam hidup ini, pendidikan, intergriti, class dan pengalaman hidup adalah sangat penting untuk anda berkembang menjadi manusia berguna. Duit dan kemasyhuran bukan segala-galanya serta boleh hilang sekelip mata.

5. "Ladies, you don’t need to wait for your Prince Charming, you can build your own castle and empire and one day your King will be running after you."

Jangan terlalu mencari dan mengejar jejaka idaman. Bina keyakinan diri anda, usahakan impian yang anda mahu, capai kejayaan yang diidamkan, pasti jejaka yang sesuai akan datang tepat pada masanya.

Know your worth, ladies!

6. "The best revenge? Happiness. Because nothing drives people more crazy after seeing someone actually having a good life."

Anda mahu balas dendam dengan cara yang paling class? kegembiraan. Tunjukkan rasa gembira dan bahagia kepada orang yang pernah buat hidup anda sengsara.

7. "You have what it takes to be a victorious, independent and fearless woman. Each time a woman stands up for herself, she stands up for all women. Ladies, you have permission to be smart, to make money more than your man or less, to wear make up or not, to wear heels or not."

Anda ada segala-galanya untuk menjadi seorang wanita yang bebas, bersemangat dan berdiri di atas kaki sendiri. Anda tidak perlu minta izin sesiapa untuk jana pendapatan sendiri, bersolek, sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagainya.

Keyakinan diri bantu capai kejayaan diri.

8. "Smile...it will either warm their heart or piss them off, either way you win! Do what makes you happy, be with those who make you smile, laugh as much as you breathe, and love as long as you live. Don’t let the silly little things steal your happiness."

SENYUM! Buat apa sahaja yang menggembirakan hati anda, luangkan masa dengan mereka yang buat anda ketawa dan nikmatilah hidup ini. Jangan biarkan setiap perkara remeh menjejaskan kebahagiaan anda.

9. "From my experience, I focus on my career first and once I get to the peak of my career and have financial stability, this is the time to focus on relationship and think about having a family. 30s is the new 20s."

Berdasarkan pengalamannya sendiri, fokus pada kerjaya anda! Apabila anda berada di puncak kejayaan dan stabil dari segi kewangan, inilah masanya anda boleh fokus mendirikan rumah tangga dan membina keluarga.

Jadilah wanita yang suka melihat wanita lain berjaya.

10.“If you have time to feel like shit, complain and check social media, then you have time to reflect, create a list of goals, make a list of things that you are grateful for, and better yourself.”

Kalau anda selalu bersedih, mengadu memanjang dan semak laman sosial, apa kata laburkan masa untuk muhasabah diri, buat senarai impian yang mahu dicapai dan hargai apa yang ada disekeliling anda. Perbaiki diri sendiri dengan masa yang ada.