Lifestyle
Fenomena Kening Ala Bulu Pelepah Jadi Trend
Trend kening nipis sudah, trend kening tebal pun sudah, nak tahu apa trend kecantikan paling latest? Kening ala bulu pelepah menjadi hangat di media sosial dan hanya yang berani akan mencubanya. Trend ini dicipta oleh seorang jurusolek artis dari Helsinki, Finland, Stella Sironen.
Minggu lepas, di Instagram Sironen, dia telah memuatnaik sekeping gambar solekan kening dengan menggunakan #featherbrow dimana kening telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah dan diletakkan gam di tengahnya. Dengan hampir 48 ribu likes, ramai netizen memberikan pandangan mereka. Ada yang menyukainya dan ada juga yang mengecam. Namun dalam masa satu jam sahaja, trend #featherbrow ini telah mencetuskan fenomena.
Ada netizen yang mencuba trend ini. Mari kita lihat hasilnya. Tapi bagi anda, yes or no?
A post shared by Greta Mura ? (@giem.makeup) on
Must-Watch Video