Salah satu jenama fesyen kegemaran ramai, H&M kembali menambah keterujaan hati semua apabila melancarkan rangkaian wangian terbaharu mereka.

Koleksi Singles.

Istimewanya wangian H&M ini, ia tampil dalam botol yang comel, bau yang menawan dan harga yang mampu milik iaitu serendah RM22.95!

Terdapat 25 wangian dari tiga rangkaian iaitu Singles, Reveries dan Essences diperkenalkan. 10 wangian dari koleksi Singles berharga RM27.95 manakala dari 10 lagi wangian dari koleksi Reveries pula berharga RM64.95 dan lima wangian dari koleksi Essences berharga RM109.95.

Harga mampu milik.

Berkesempatan menghadiri majlis pelancaran wangian ini, kami sempat mencuba wangian-wangian ini dan ini lima pilihan kami:

1. T-shirt, RM27.95

T-shirt

Bukan berbau seperti T-shirt baru, tapi wangian T-shirt ini membuka deria bau anda dengan elemen segar dan sesuai untuk anda yang punya gaya hidup aktif.

2. Formentera, RM64.95

Formentera

Dengan bau sedikit keras dan berciri misteri, Formentera sesuai dipakai untuk ke tempat kerja. Sedap baunya!

3. Flowerscape, RM64.95

Flowerscape

Siapa yang tak suka bau manis seperti bunga? Flowerscape sesuai untuk wanita yang berjiwa muda.

4.Vanilla, RM27.95

Vanilla

Pasti ramai yang suka bau vanilla. Wangian Vanilla dari H&M sangat menyenangkan dan lebih halus berbanding bau wangian vanilla yang lain.

5. Les Cayes Vetyver, RM109.95

Les Cayes Vetyver

Hadir dalam koleksi Essences, Les Cayes Vetyver bercirikan kekayuan namun masih halus. Baunya asli dan juga tahan lama.

Koleksi wangian terbaharu dari H&M ini hanya boleh didapati di lima gedung H&M iaitu di H&M Avenue K, H&M Sunway Pyramid, H&M IOI City Mall, H&M Gurney Paragon Mall Penang dan H&M Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.