Biar pun tuan punya badan belum memberikan jawapan pasti, hampir semua media telah sebarkan berita mengatakan bintang siri realiti, Kylie Jenner kini sedang hamil empat bulan hasil hubungan dengan kekasihnya, Travis Scott.

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Maklumat terbaharu yang diperolehi dari sumber terdekatnya, Kylie sudah mula menyiapkan kelengkapan untuk anak yang bakal lahir. Dia telah membelanjakan hampir USD70,000 (RM300,000) untuk membeli barangan keperluan serta pakaian bayi.

Menerusi TMZ juga, Kylie sibuk membelanja secara online pakaian bayi dari jenama mewah. Pastinya anak Kylie nanti akan menjadi salah seorang bayi paling fashionable.

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Selain membeli-belah secara online, sumber itu turut memberitahu Kylie telah mengunjungi sebuah butik menjual barangan bayi di San Fernando Valley. Dengan kandungan baru berusia empat bulan, pasti almari anak yang bakal lahir itu sudah hampir penuh.

Anak Kylie dan Travis ini dikhabarkan akan lahir pada Februari 2018 nanti.