Skip to main content

Market Trends

Jamu Pahit Dan Sukar Ditelan? Inilah Jamu Yang Sesuai Untuk Wanita Moden

mutyara.jpg

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Jamu cukup sinonim sebagai minuman kesihatan dan kecantikan wanita berabad lamanya. Kini jamu yang pahit dan sukar ditelan hadir dalam ramuan yang lebih mesra rasa.

 

Mutyara Beauty, hasil cetusan Asyraf Khalid iaitu Tya Arifin merupakan minuman kecantikan yang bagus untuk semua wanita. Jamu Mutyara Beauty dihasilkan dengan ramuan istimewa bahan semula jadi serta campuran herba, kunyit, halia, akar serapat dan Kacip Fatimah. Ia juga direka dengan campuran buah Delima dan Cayenne.

 Pengasas jamu Mutyara Beauty, Tya dan Asyraf.

Advertisement

Dilancarkan secara rasminya pada 25 Julai 2018 bertempat di Wow KL, jamu Mutyara Beauty sesuai dinikmati oleh gadis berusia 16 tahun yang belum berkahwin sehinggalah wanita berusia yang mahu memantapkan penjagaan dalaman diri.

 

Menurut pengasasnya, Tya Ariffin, 24, "Saya sendiri menjadi pengamal jamu tegar. Saya lihat potensi jamu ini wajar dikomersialkan apatah lagi ia hasil resipi turun temurun dari keluarga. Saya tidak mahu khasiat jamu itu dibiarkan begitu sahaja sebaliknya ingin berkongsi dengan seluruh wanita di luar sana yang percaya betapa peri pentingnya amalan ini."

  Tya pengamal jamu sejak kecil.

Dilahirkan di Indonesia dalam keluarga yang begitu  mementingkan kesihatan dan kecantikan diri terutama menerusi amalan memakan jamu, aktres yang juga isteri kepada ahli perniagaan terkenal, Asyraf Khalid iaitu Tya Arifin dilihat tidak mahu mempersiakan semua itu untuk diamalkan semua insan bernama wanita tanpa mengira peringkat umur terutama dari remaja dan seterusnya.

  Keluarga comel Asyraf dan Tya.

Khasiat Jamu Mutyara Beauty

  • Memanaskan badan
  • Merawat luka dalaman selepas bersalin
  • Menghilangkan keputihan
  • Mengecutkan rahim/ peranakan
  • Membuang angin
  • Memulihkan tenaga
  • Membantu melawaskan pembuangan
  •  Membantu meningkatkan haemoglobin/ sel darah merah
  • Anti bakteria/ merawat kegatalan
  • Membantu merawat kulit
  • Anti penuaan/ awet muda
  • membantu menambah susu badan
  • membantu proses detoksifikasi
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu menganjalkan aset wanita (payu dara/ punggung)

Jamu Mutyara Beauty berisi kandungan 350 ml dan berharga RM68 sebotol. Penggemar jamu boleh dapatkan jamu Mutyara Beauty di sini ataupun di laman Instagram @mutyarabeauty.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video