Skip to main content

Market Trends

Jejaka Ini Viral Kerana Memiliki Wajah Yang Dikatakan... PERFECT

wahyu6.jpg

Amboi kacaknya! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut kami ketika melihat gambar jejaka ini. Ingat orang putih yang bermastautin di sini rupa-rupanya memang orang Malaysia.

 

Cinta Tak Akan Pernah Berubah Kerana Hati Tlah Memilih Dirimu(K)..????

A post shared by Wahyu.SyedYunus (@wahyualmahdali) on

 

???

A post shared by Wahyu.SyedYunus (@wahyualmahdali) on

Pemilik nama sebenar Wahyudin Syed Yunus, 25 tahun, jejaka kacak kelahiran Sabah  ini berketurunan Arab dan menetap di Kota Kinabalu Sabah. Dirinya yang berhidung mancung, kulit putih melepak dengan mata memukau tiba-tiba popular sekelip mata dan mendapat perhatian netizen apabila dia dikatakan memiliki wajah yang sempurna persis seorang model antarabangsa.

 

Miss my cousin this crazy girl #buangbalik

A post shared by Wahyu.SyedYunus (@wahyualmahdali) on

 

Looking sharp..

A post shared by Wahyu.SyedYunus (@wahyualmahdali) on

Gemar bergaya dan berekperimen mengikut trend terkini, Wahyudin juga sering menggunakan kanta pelekap berwarna kerana ia cukup sesuai pada wajahnya. Ada beberapa komen netizen yang menyamakan dirinya seperti Demon Hunter dalam permainan Mobile Legend, iras hero filem Twilight, Robert Pattinson serta hero filem Disney Tangled.  

Fuh, kalau dah hensem, memang macam-macam gelaran orang akan beri. Kami yakin, tak lama lagi pasti Wahyudin akan mendapat perhatian pengarah-pengarah drama atau filem dan akan bergelar selebriti suatu hari nanti.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video