Lifestyle

Katy Perry Keluarkan Koleksi Sandal Buah-Buahan Diberi Nama 'The Geli'

Azwa Rahman
17/04/2018
08:08 MYT
Sponsor Banner
Katy Perry Keluarkan Koleksi Sandal Buah-Buahan Diberi Nama 'The Geli'
Penyanyi terkenal antarabangsa, Katy Perry nampaknya semakin melebarkan sayapnya ke dunia fesyen apabila mengeluarkan koleksi sandal miliknya, bertemakan buah-buahan yang diberi nama 'The Geli' sebagai koleksi terbaharu dalam rangkaian Katy Perry Collections.
Dia yang sebelum ini dikenali dengan citarasa fesyen yang pelik mula menempa kejayaan dalam industri perniagaan kasut apabila mengeluarkan pelbagai koleksi termasuklah koleksi 'The Geli', sandal dari material PVC berwarna pop dengan rekaan buah-buahan yang unik.
Lebih istimewanya lagi, anda juga boleh mencium bau aroma buah-buahan sebenar yang hadir dari 'buah-buahan' di atas kasut ini seperti tembikai, oren, pic dan lemon.
A post shared by KATY PERRY (@katyperry) on
Berharga USD205.03 (RM797) sepasang, anda boleh membeli sandal secara online disini. Hadir dalam rekaan yang ringkas dan unik, ia mudah dibersihkan dan ronanya menjerit perhatian, pasti semua mata akan melekat pada kaki anda saat anda berjalan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024