gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Pernah Ada Anak Dara Nak Sondol Suami Saya” – Shahida Imbau Semula Detik Awal Perkahwinan Bersama Aliff Syukri
KELUANG MAN
Anwaar Beg Moghal Jadi Inspektor Sahab, Bertutur Bahasa Punjabi Dalam Keluang Man - “Karakter Itu Berbeza Dengan Saya”
HIBURAN
Eyka Farhana & Akhyar Rashid Naik Pelamin Lagi, Netizen Terpegun Dengan Majlis Perkahwinan Berturut-Turut: - “Bestanya Banyak Duit!”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Rossa Tak Anggap Konsert Melly & Krisdayanti Sebagai Persaingan - “Saya Rasa Setiap Penyanyi Mempunyai….”

gempak
Asyraf Roslan
04/04/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Rossa Tak Anggap Konsert Melly & Krisdayanti Sebagai Persaingan - “Saya Rasa Setiap Penyanyi Mempunyai….”

Penyanyi, Datuk Seri Rossa mengakui bahawa dia tidak pernah merasa tercabar apabila mengetahui rakan-rakan penyanyi senegaranya seperti Melly Goeslow dan Krisdayanti turut menganjurkan konsert di Malaysia pada tahun ini.

Jelas pelantun lagu Hey Ladies itu, setiap penyanyi mempunyai peminat tersendiri dan ia bukan satu masalah untuk peminat memilih konsert mana yang ingin mereka hadiri.

“Saya tidak pernah terfikir, sebab saya rasa setiap penyanyi mempunyai peminat yang berbeza. Tapi saya mendoakan agar setiap peminat boleh mendapat lebih banyak rezeki agar boleh datang ketiga-tiga konsert,” katanya.

Selain itu, Rossa juga menyatakan tiada istilah persaingan dalam kamus hidup mereka bertiga kerana mereka sentiasa menyokong antara satu sama lain.
“Saya, Melly Goeslow dan Krisdayanti mempunyai satu group whatsapp namanya Ladies. Kamu sudah berkawan lama jadi kami selalu menyokong antara satu sama lain.
“Konsert Melly Goeslow pun InsyaAllah saya akan datang dan konsert Krisdayanti juga saya mahu tengok. Mereka juga akan datang ke konsert saya disini,” tambah Rossa.
Rossa juga berharap satu hari nanti mereka bertiga dapat bersatu di pentas yang sama untuk menghiburkan peminat mereka terutamanya di Malaysia.
“Nanti penganjur kena bayar mahal (berseloroh), tapi itu juga merupakan satu idea yang bagus. Semoga kami dapat disatukan di pentas yang sama,” ujar Rossa.
Sekadar info, Rossa bakal menganjurkan konsert 'Here I Am' pada 14 Jun depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Konsert 'Here I Am' ini turut mengundang penyanyi jemputan termasuk Ariel Noah dari Indonesia serta Ernie Zakri dan MK K-Clique.

Konsert tersebut adalah kesinambungan kejayaan siri konsert terdahulu iaitu Rossa 25 Shinning Years pada 2022 dan Another Journey: The Beginning (2023) yang menarik lebih 80,000 penonton di tiga negara.

Topic Berkaitan
#Krisdayanti
#Konsert
#Rossa
#Melly Goeslow
Must-Watch Video