Jika dahulu video alih suara pernah mengadi kegilaan ramai, kini musim itu kembali apabila video alih suara menggunakan Madlipz tular di media sosial. Dengan hanya menggunakan suara anda sendiri, anda bebas menggunakan imaginasi dan idea kreatif and untuk mencipta sebuah video alih suara.
Menerusi aplikasi ini, anda boleh menjadi pengarah suara pada video kegemaran anda secara percuma. Caranya mudah sahaja, pilih mana-mana video klip dari kartun, filem mahupun video muzik berdurasi 15 saat, padamkan suara sebenar mereka dan mula merekod suara anda sendiri.
Kalau anda rasa anda kreatif untuk turut menyumbangkan video alih suara Madlipz, anda boleh muat turun aplikasi ini di App Store atau Google Play dan cuba buat video alih suara anda sendiri. Menerusi media sosial Twitter dan Instagram juga, tular beberapa video alih suara ciptaan @ajqhrs atau nama sebenarnya Ajiq Haris yang pasti buatkan anda ketawa. Mari kita saksikan beberapa video terbaiknya setakat ini.