Pasti semua mata rakyat Malaysia terpaku melihat aksi pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan (KHJ) yang berjaya menjadi lelaki terpantas Asia Tenggara selepas memenangi pingat emas dalam acara pecut 100M lelaki akhir pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Bukit Jalil.

Selepas meraikan kemenangannya, seorang lagi jejaka telah mencuri perhatian kira apabila larian dlihat laju luar biasa dari atlet pecut negara hanya untuk mendapatkan 'shot' terbaik peristiwa bersejarah itu.

Dia yang dimaksudkan adalah Ahmad Iskandar Kamaruzaman, 31, jurugambar Bernama yang telah bertungkus lumus mengejar KHJ demi tugas yang telah diamanahkan.

Memetik kenyataannya yang ditemubual oleh Bernama, "Benda yang berlaku merupakan satu kebanggaan negara. sekarang mungkin nampak biasa, tapi 10-20 tahun akan datang gambar ni akan jadi satu aset negara yang tak ternilai kerana negara berjaya lahirkan atlet yang berjaya di peringkat Asia Tenggara dan Insha Allah dunia juga. Momen seperti ini jarang berlaku untuk Malaysia ditambah pula KHJ Berjaya meraih title Raja Pecut Asia Tenggara".

"Pada masa ini cabaran bermula sebab KHJ memang sedang seronok meraikan kejayaannya. Dia berlari, naik ke grand stand jumpa Perdana Menteri dan Sultan Selangor, turun balik berlari lagi. Kalau boleh satu stadium dia nak pusing untuk menunjukkan betapa seronoknya dia, meraih emas untuk negara", jelas Ahmad Iskandar.

Kami sebagai jurufoto dan juga jurufoto agensi lain bertungkus lumus mengejar beliau. Ibarat kata, dari tak boleh berlari laju disebabkan faktor fizikal terus kami jadi macam pelari profesional,” cerita Iskandar sambil tergelak.

“Masa saya lari tu saya tak boleh fikir dah barang jatuh ke, handphone jatuh ke, sebab masa tu saya cuma fikir saya tak boleh terlepas setiap momen yang KHJ buat. Saya dan rakan-rakan yang bertugas di Sukan SEA 2017 cuba bagi yang terbaik agar kita dapat merakam detik-detik hebat negara,” jelasnya lagi.


Sumber: Bernama