Sebut saja IKEA, kita sudah terbayang barangan keperluan rumah terutama perabot yang berkualiti dan pada masa sama harga berpatutan.
Namun, hanya yang berdekatan sajalah yang berpeluang menikmati barangan IKEA. Cawangan Damansara, Cheras, Tebrau dan tidak lama lagi di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Bagaimanapun, semalam IKEA Malaysia telah mengumumkan platform beli-belah terbaru iaitu secara online. Berita baik bukan?

Apa yang menariknya IKEA online store ini telah meluaskan penghantarannya ke seluruh Malaysia. Ini bermakna, anda boleh menempah produk IKEA tanpa mengira masa dan tempat.
IKEA online store memberikan akses kepada 9,000 produk Sweden dan penghantaran boleh dpilihan sama ada melalui parcel atau trak. Boleh layari IKEA.my untuk mula membeli belah.

Satu lagi perkara menarik mengenai pelancaran IKEA semalam adalah lokasi sidang medianya. Media semua dibawa ke satu tempat yang pada awalnya dirahsiakan.
Ada yang menyangkakan ia dilakukan di Genting Highland, namun sangkaan itu meleset. IKEA sebaliknya melakukan sidang media di Puncak Rimba, Bentung.
Ya, kalau masih ingat, lokasi inilah digunakan ketika majlis akad nikah penyanyi, Yuna. Memang 'back to nature' dan pemandangan juga mengagumkan.
Cuma semalam, tiada awan atau kabus yang menemani kami seperti majlis akad nikah Yuna. Anda lihatlah gambar di bawah.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Jika anda berminat ke lokasi ini, anda boleh lihat Instagram mereka, Puncak Rimba.