,
Lifestyle

Mesra Dan Berjiwa Rakyat, Ini 8 Fakta Tentang Tengku Ampuan Pahang

Azwa Rahman
28/01/2019
07:32 MYT
Umum mengetahui Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah dimashyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Namun, tahukah anda serba sedikit tentang isteri baginda, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang terkenal sebagai seorang yang mudah mesra dan disenangi ramai. Tengku Ampuan Pahang.
1. Tidak pernah menjadikan darah diraja yang mengalir dalam dirinya sebagai penghalang untuk mendekati rakyat, Tunku Azizah dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru 5 Ogos 1960. Tunku merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche' Besar Hajah Kalsom Abdullah dan dibesarkan oleh Tunku Zanariah Tengku Ahmad.
2. Mendapat pendidikan awal Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bharu. Tunku kemudian bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, sebelum meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Adinda Sultan Johor.
3.Tunku Azizah merupakan adinda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
4.Tunku Azizah berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 6 Mac 1986. Pasangan bahagia.
5. Bahagia bersama empat putera dan lima orang puteri iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, Yang Mulia Puteri Ilisha Ameera, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana, Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah. Baginda sekeluarga.
6. Gemar bidang masakan, Tunku Azizah pernah menghasilkan tiga buah buku iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang yang diterbitkan pada 2007, buku Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang serta Buku Masakan Tradisional Pahang yang dilancarkan pada 2018.
7.Hasil jualan buku itu baginda ggunakannya untuk mengisi dana Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF) yang diwujudkan sejak 11 Ogos 2004, sebuah badan amal yang diasaskan oleh baginda sendiri untuk membantu pasangan yang telah lama berkahwin untuk mendapatkan anak menerusi kaedah pembenihan in-vitro (IVF). Gemar memasak.
8. Masuk ke dapur seawal usia lima tahun di bawah pengawasan pengasuh dirajanya dan pernah mengikuti pendidikan masakan tidak formal di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI).
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

“Tiada Siapa Mengatasi Undang-Undang Termasuk Kerabat” - Tengku Hasannal

gempak
06/09/2024
00:23 MYT
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar tindakan tegas dan penyiasatan yang adil dijalankan susulan dakwaan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki termasuk seorang anak VVIP.
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Hiburan

Jeslina Hashim Kini Isteri Kepada Tunku Eddy Nasruan

gempak
10/08/2024
14:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim selamat bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan.
Laman Utama

Didakwa Bakal Kahwini Kerabat Diraja, Ini Respons Jeslina Hashim

gempak
15/12/2023
07:50 MYT
Netizen kongsi rasa happy.
Laman Utama

Putera Mateen Kahwin Januari 2024, Ramai Ker Patah Hati? - "Mesti Ada Tengah Nangis Bucu Katil"

gempak
08/10/2023
02:50 MYT
Sultan Brunei Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam
BorakSeeni